Month: Ogos 2022

Kerendahan Diri ialah Kebenaran

Suatu hari ketika merenungkan sebabnya Tuhan sangat menghargai kerendahan diri, Teresa dari Avila, iaitu seorang percaya pada abad 16 menyedari jawapannya: “Ini kerana Tuhan ialah Kebenaran Agung, dan kerendahan diri ialah kebenaran... Tiada benda baik terhasil daripada kita sendiri. Sebaliknya, kebaikan dat ang dari air rahmat, tempat kediaman jiwa kita, seperti sepohon pokok ditanam di tepi sungai, dan sinaran matahari memberi nyawa kepada kerja kita.” Teresa menyimpulkan bahawa melalui doa, kita dapat berpegang kepada realiti, kerana “seluruh asas doa ialah kerendahan diri. Semakin kita merendah diri dalam doa, semakin Tuhan akan meninggikan kita.”

Mengetahui Haluan Betul

Tiada seorang pun akan percaya bahawa Felipe Gustavo, seorang remaja lelaki Brazil yang berumur 16 tahun akan menjadi “salah seorang pemain papan selaju legenda di dunia.” Bapa Gustavo percaya bahawa anak lelakinya perlu mengejar impiannya untuk bermain papan selaju secara profesional, tetapi mereka tidak mempunyai wang. Oleh yang demikian, bapanya menjual keretanya dan membawa Felipe menyertai pertandingan papan selaju Tampa Am yang terkenal di Florida, Amerika Syarikat. Tiada seorang pun pernah mendengar tentang Gustavo... sehingga dia menang. Kemudian kemenangan itu membawa dia memulakan kerjaya yang menakjubkan.

Kekuatan untuk Melepaskan

Kekuatan untuk Melepaskan

Paul Anderson, ahli angkat berat Amerika yang pernah dikenali sebagai Lelaki Terkuat Di Dunia, memecahkan rekod dunia Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne, Australia, walaupun pada masa itu dia menghidapi jangkitan telinga yang teruk dan demam tinggi bersuhu 39 darjah Celsius. Oleh sebab markahnya yang ketinggalan berbanding dengan peserta lain, satu-satunya peluang untuk dia memenangi pingat emas adalah dengan mencatat rekod Olimpik baru di acara terakhir. Kedua-dua percubaan awalnya gagal teruk.

Menyerah Kuasa kepada Tuhan

Bayangkan sepohon pokok oak yang cukup kecil dapat muat di atas meja dapur. Inilah saiz sepohon bonsai―sejenis versi mini pokok hiasan yang boleh dijumpai di hutan belantara. Tidak terdapat sebarang perbezaan genetik antara sepohon bonsai dan tumbuhan sama yang bersaiz besar. Bonsai hanya memerlukan satu pasu cetek, serta pemangkasan cabang dan akar untuk membantutkan pertumbuhan supaya tumbuhan itu kekal kecil.

Kami Memerlukan Pertolongan Yesus

Akhirnya hari tersebut telah tiba―hari yang saya menyedari bahawa bapa saya bukannya kebal. Semasa kecil, saya menyedari kekuatan dan keazamannya. Tetapi pada awal usia dewasa saya, bapa saya mengalami kecederaan di bahagian belakangnya, dan saya menyedari bahawa bapa juga adalah seorang manusia biasa. Saya telah tinggal bersama-sama ibu bapa untuk menolong bapa ke bilik air, menolong dia memakai pakaian, malah membawa segelas air ke mulutnya―semua ini membuat bapa saya berasa rendah diri. Dia berusaha untuk menyempurnakan tugas-tugas kecil, tetapi dia mengakui, “Bapa tidak dapat membuat apa-apa tanpa pertolongan kamu.” Walaupun dia telah kembali pulih sepenuhnya, pengalaman ini memberi pengajaran penting kepada kami berdua. Kami saling memerlukan.