Month: Ogos 2022

Keluarga—Anugerah Tuhan

Keluarga—Anugerah Tuhan

 

“Hai isteri-isteri, tunduklah kepada suamimu, sebagaimana seharusnya di dalam Tuhan. Hai suami-suami, kasihilah isterimu dan janganlah berlaku kasar terhadap dia.  Hai anak-anak, taatilah orang tuamu dalam segala hal, karena itulah yang indah di dalam Tuhan. Hai bapa-bapa, janganlah sakiti hati anakmu, supaya jangan tawar hatinya.” (Kolose 3:18-21, TB)

 

Keluarga adalah sistem sokongan yang diciptakan Tuhan untuk kita. Sistem ini membawa manfaat bagi…

Keistimewaan dalam Pelayanan

Ketika sedang bercuti, saya dan suami berjalan di tepi pantai dan ternampak satu bahagian besar pasir yang dilindungi oleh pagar sementara. Seorang pemuda menerangkan bahawa dia bekerja sepanjang masa dengan sekumpulan sukarelawan yang bertekad untuk melindungi telur-telur penyu di dalam setiap sarangnya. Sejurus selepas anak-anak penyu menetas dan keluar dari sarangnya, kehadiran binatang-binatang lain dan manusia akan memberi ancaman serta mengurangkan peluang makhluk ini untuk hidup. “Walaupun dengan segala usaha kami,” katanya, “ahli-ahli sains menganggarkan bahawa hanya seekor daripada setiap 5000 ekor anak penyu yang dapat mencapai tahap dewasa.” Walau bagaimanapun, angka suram ini tidak mematahkan semangat pemuda tersebut. Semangatnya untuk memberi perlindungan kepada telur-telur penyu ini telah memperdalam keinginan saya untuk menghargai dan melindungi penyu. Sekarang saya memakai rantai leher yang ada loket penyu untuk mengingatkan tentang tanggungjawab saya yang diberikan oleh Tuhan untuk menjaga makhluk-makhluk ciptaan-Nya.

Apabila Doa Menggegarkan Bumi

Dr. Gary Greenberg suka mengambil gambar pasir dari pantai di serata dunia dengan menggunakan kamera kanta besar. Gambar-gambar ini sering kali mendedahkan warna-warna yang menarik serta mengejutkan pada galian, cangkerang, dan serpihan batu karang.

Teguran yang Membawa Kehidupan

“Sedihnya, kami terpaksa mengadakan perbualan yang sukar baru-baru ini,” kata Shellie. “Saya berpendapat bahawa tiada antara kami yang menyukainya, tetapi saya berasa perangai dan kelakuannya perlu ditegur supaya dia tidak menyakiti perasaan orang di sekelilingnya.” Shellie berkata tentang seorang wanita muda yang dimuridkannya. Walaupun kurang menyenangkan, perbualan mereka membuahkan hasil malah mengeratkan hubungan mereka. Hanya beberapa minggu kemudian, mereka berdua memimpin waktu doa di gereja mereka yang bertemakan kerendahan diri.

Harungi Bersama dalam Rintangan

Kelly menghidapi kanser otak ketika berlakunya krisis COVID-19. Kemudian cecair telah terbentuk di sekeliling jantung dan paru-parunya, dan dia perlu dimasukkan ke hospital semula. Keluarganya tidak dapat datang melawat akibat pandemik. Suaminya, Dave bertekad untuk melakukan sesuatu untuk Kelly.