Di penghujung salah satu hidangan yang menandakan hari Perayaan Paska, iaitu sebuah perayaan tradisional orang Yahudi untuk merayakan dan mengingati kehebatan Tuhan sebagai penyelamat kita, ahli-ahli gereja mempamerkan kegembiraan mereka dengan menari dalam satu bulatan. Barry memerhatikan mereka dari belakang dengan senyuman yang lebar. Barry mengatakan dia amat suka akan perayaan-perayaan sebegini, “Di sinilah keluarga aku sekarang. Di sinilah komuniti aku. Aku telah menemui sesuatu yang boleh mengasihi dan dikasihi … Di sinilah aku rasa kepunyaan.”
Pada zaman kanak-kanaknya, Barry mengalami penderaan dari segi emosi dan fizikal yang amat kejam, yang turut merampas kegembiraannya. Namun begitu, gereja tempatan Barry telah menyambutnya dan memperkenalkan Yesus kepada Barry. Barry turut merasakan semangat perpaduan dan kegembiraan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli gereja. Sejak itu, Barry mula mengikut Kristus dan berasa dirinya diterima dan dikasihi.
Dalam Mazmur 133, Raja Daud menggunakan imej yang amat berkuasa untuk mengilustrasikan kesan-kesan yang tersebar luas daripada kebaikan dan keindahan perpaduan yang ditunjukkan oleh umat-umat Tuhan. Raja Daud berkata bahawa hal itu seperti seseorang yang diurapi dengan minyak yang berharga, lalu mengalir ke leher jubahnya (ayat 2). Penuangan minyak yang berharga ke atas kepala adalah upacara yang amat biasa pada zaman dahulu. Malah, ia juga digunakan apabila menyambut tetamu ke dalam rumah. Raja Daud juga membandingkan perpaduan sebegini kepada embun yang turun ke bukit dan membawa berkat dan “kehidupan yang tidak berkesudahan” (ayat 3).
Minyak melepaskan haruman yang memenuhi ruang bilik dan embun membawa kelembapan kepada tempat-tempat yang kering-kontang. Kewujudan perpaduan juga membawa kesan kebaikan dan keindahan seperti mana orang yang bersendirian akan disambut baik. Marilah kita bersatu dalam Kristus supaya Tuhan dapat membawa kebaikan melalui kita.