Month: September 2022

Penemuan Semula

Pada tahun 1970, seorang eksekutif penjualan kereta yang sedang mengunjungi Denmark telah menjumpai sebuah kereta berjenama Buick Dual Cowl Phaeton 1939 yang dimiliki oleh seorang penduduk tempatan. Oleh sebab model kereta tersebut tidak pernah melalui proses pengeluaran besar-besaran, maka penemuan ini sungguh luar biasa kerana inilah satu-satunya jenis kereta di dunia. Oleh sebab teruja oleh penemuan tersebut, eksekutif itu terus membeli kereta tersebut dan menghabiskan masa serta wangnya untuk membaiki pulih kereta. Pada masa kini, kereta yang unik ini menjadi salah sebuah koleksi kereta klasik yang termasyhur di dunia.

Berakar Umbi dalam Kasih

D iiringi oleh perasaan takut dan kesunyian, saya tiba di pusat penjagaan kanser untuk mula menjadi pengasuh ibu saya. Keluarga dan sahabat-sahabat saya yang merupakan penyokong saya selama ini kini berada sejauh lebih kurang 1,200 kilometer. Namun sebelum saya memunggah bagasi, Frank, seorang lelaki yang tersenyum lebar menawarkan pertolongannya. Pada masa kami tiba di tingkat keenam, saya merancang untuk berjumpa dengan Lori, iaitu isteri Frank, yang menjaga Frank sepanjang rawatannya. Tanpa disedari, saya dan pasangan tersebut sejurusnya menjadi seperti keluarga ketika kami bergantung pada Tuhan dan satu sama lain. Kami ketawa, mengeluh, menangis dan berdoa bersama-sama. Walaupun kami harus meninggalkan segala yang telah biasa tahu, hubungan kami dengan Tuhan dan satu sama lain membantu kami berakar umbi dalam kasih-Nya ketika kami saling memberi sokongan.

Menyalakan Lilin

Waktu itu sudah tengah hari, namun matahari tidak kelihatan. Hari Gelap di New England jatuh pada 19 Mei 1780, bermula dari awal pagi dan berlanjutan sehingga beberapa jam. Kegelapan yang di luar realiti ini kemungkinan besar disebabkan oleh kepulan asap tebal berpunca daripada kebakaran hutan yang tidak terkawal di Kanada, sehingga ramai orang tertanya-tanya jika Hari Kiamat sudah tiba pada hari itu.

Apabila Kita Berkumpul Bersama

Denmark merupakan salah sebuah negara yang paling bahagia di dunia, menurut Laporan Negara Paling Bahagia (World Happiest Report). Rakyat Denmark mengharungi musim sejuk yang panjang dan gelap dengan mengadakan sesi berkumpul dengan sahabat-sahabat terdekat, berkongsi minuman panas ataupun santapan yang lazat. Perkataan yang sering digunakan oleh mereka untuk mengungkapkan perasaan pada waktu itu adalah hygge (HOO-gah). Hygge menolong mereka mengimbangi impak daripada keadaan cuaca yang jarang menerima sinar matahari, berbanding dengan kawasan lain yang berada di latitud yang lebih bawah. Dengan duduk mengelilingi sebuah meja bersama dengan orang yang tersayang, mereka sudah cukup berpuas hati.