Apabila rakan saya Janice diminta untuk menguruskan jabatannya di tempat kerja hanya selepas beberapa tahun pengalaman, dia berasa terharu. Dia berdoa tentang hal itu dan merasakan bahawa Tuhan mendorongnya untuk menerima pelantikan tersebut—tetapi dia masih bimbang dia tidak dapat memikul tanggungjawab itu. “Bagaimanakah saya dapat memimpin dengan pengalaman saya yang sedikit ini?” dia bertanya kepada Tuhan. “Mengapa meletakkan aku dalam posisi ini jika aku akan gagal?”

Kemudian, ketika Janice sedang membaca tentang panggilan Tuhan kepada Abram dalam Kejadian 12 dan menyedari bahawa peranannya adalah “pergilah ke negeri yang akan Aku tunjukkan kepadamu … Abram berangkat” (ayat 1, 4). Ini adalah langkah yang radikal, kerana tiada siapa yang dipanggil meninggalkan kampung halamannya seperti ini pada zamannya. Namun Tuhan mahu Abram mempercayai-Nya dengan meninggalkan segala sesuatu, dan Tuhan akan melakukan yang selebihnya. Identiti? Anda akan menjadi bangsa yang hebat. Bekalan? Aku akan memberkati anda. Reputasi? Nama yang hebat. Tujuan? Anda akan menjadi berkat kepada semua bangsa di muka bumi. Dia membuat beberapa kesilapan besar di sepanjang perjalanannya, tetapi “kerana beriman, Abraham mentaati Allah ketika Allah memanggilnya dan menyuruhnya pergi ke negeri yang dijanjikan … tanpa mengetahui ke mana dia akan pergi” (Ibrani 11:8).

Kesedaran ini menghilangkan beban berat dalam hati Janice. “Saya tidak perlu risau tentang ‘mencapai kejayaan’ dalam pekerjaan saya,” katanya. “Saya hanya perlu berfokus dalam mempercayai Tuhan yang memberikan kemampuan kepada saya untuk melakukan kerja itu.” Apabila Tuhan memberikan iman yang kita perlukan, semoga kita mempercayai Dia sepanjang hidup kita.