Bulan: Oktober 2022

Hati yang Marah

Guernica merupakan sebuah lukisan berunsur politik yang paling penting, hasil karya seorang artis Sepanyol yang bernama Pablo Picasso. Lukisan ini adalah gambaran moden tentang kemusnahan Guernica, sebuah pekan kecil di Sepanyol pada tahun 1937. Semasa revolusi Sepanyol dan menjelang Perang Dunia II, pesawat Nazi Jerman telah dibenarkan oleh pasukan Nasionalis Sepanyol untuk menggunakan bandar itu sebagai tempat latihan pengeboman. Pengeboman kontroversial ini meragut banyak nyawa dan menarik perhatian masyarakat global yang prihatin terhadap pengeboman ini yang tidak bermoral serta tersasar pada orang awam. Lukisan Picasso menangkap imaginasi dunia yang melihatnya dan menjadi pemangkin kepada perdebatan tentang keupayaan manusia untuk menghancurkan satu sama lain.

Memilih Belas Kasihan

Montaj rakaman video yang berlangsung selama 5 minit mengenai kemalangan kecil yang melibatkan salji merupakan bahagian utama yang ditayangkan dalam satu episod rancangan TV. Rakaman video yang dirakam sendiri ini termasuklah orang yang sedang bermain ski dari atas bumbung rumah, merempuh beberapa objek semasa memasang tiub, dan tergelincir di atas ais telah menjadi bahan ketawa serta mendapat tepukan para penonton di studio dan di rumah. Gelak ketawa para penonton kedengaran semakin kuat apabila menyaksikan orang yang tercedera itu memang padan menerima akibat kerana tindakan bodoh mereka sendiri.

Tuhan Hadir dalam Perincian

Itu merupakan minggu yang teruk bagi Kevin dan Kimberley. Keadaan sawan Kevin tiba-tiba bertambah teruk, dan dia harus dimasukkan ke hospital. Di tengah-tengah pandemik, 4 orang anak kecil mereka—adik-beradik yang diambil sebagai anak angkat dari rumah kebajikan—mengalami serangkaian emosi negatif hingga tahap yang melampau akibat lama terkurung di rumah. Tambahan lagi, Kimberley tidak dapat menyediakan makanan yang baik daripada sisa makanan dalam peti sejuk. Anehnya, pada masa itu, dia mengidam lobak merah. Sejam kemudian, pintu rumah mereka diketuk. Kawan mereka Amanda dan Andy datang dengan membawa hidangan untuk keluarga itu, termasuklah lobak merah. Kisah yang menakjubkan dalam sejarah bangsa Yahudi juga menunjukkan bahawa Tuhan sangat memperhatikan butiran yang terperinci. Firaun telah memerintahkan, “Tiap-tiap anak lelaki orang Ibrani mesti dibuang ke dalam Sungai Nil” (Keluaran 1:22). Perkembangan genosid (pembunuhan secara sengaja terhadap sesuatu bangsa atau kaum) itu menjadi sangat terperinci. Ibu Musa memang “membuang” bayinya ke dalam Sungai Nil, tetapi dengan strategi. Dari sungai Nil, anak perempuan Firaun sendiri menyelamatkan bayi yang kemudian dipakai oleh Tuhan untuk menyelamatkan umat-Nya. Puteri bahkan mengupah ibu Musa untuk menyusukan bayi itu! (2:9). Pada suatu hari nanti, akan datang seorang bayi lelaki yang dijanjikan dalam kalangan bangsa Yahudi. Kisahnya akan dipenuhi dengan butiran yang menakjubkan dan unsur ironi ilahi. Yang terpenting, Yesus akan menyediakan jalan bagi kita untuk keluar daripada perhambaan dosa. Bahkan—terutamanya—dalam masa gelap, Tuhan hadir dalam perincian. Seperti dikatakan oleh Kimberley, “Tuhan telah membawakan lobak merah kepada aku!”

Alasan untuk Bergirang

Sewaktu cik Glenda memasuki ruang ibadah gereja, kegembiraannya dapat dirasai memenuhi ruangan itu. Dia baru sahaja pulih daripada prosedur rawatan perubatan yang sukar. Semasa dia menghampiri dan menyapa saya seperti biasa selepas ibadah, saya bersyukur kepada Tuhan untuk masa yang dia telah meluangkan bersama-sama saya selama bertahun-tahun. Dia menangis bersama dengan saya, membetulkan saya dengan lemah-lembut, dan memberikan galakan. Dia juga meminta maaf jika dia telah menyakiti perasaan saya. Walau apa keadaan pun, dia sentiasa mengajak saya berkongsi pergelutan saya secara jujur dan mengingatkan saya bahawa kita mempunyai banyak alasan untuk memuji Tuhan.