Apabila suami saya melatih pasukan besbol anak lelaki kami yang bernama Little League, dia memberi dorongan kepada para pemain dengan mengadakan sambutan hujung tahun dan mengiktiraf kemajuan mereka di sepanjang musim tersebut. Seorang pemain yang termuda, Dustin, mendekati saya semasa majlis tersebut. “Bukankah kita telah tewas dalam permainan hari ini?”
“Ya,” jawab saya. “Tetapi kami sangat bangga kerana kamu telah bertanding dengan baik.”
“Saya tahu,” katanya. “Tetapi kita kalah, kan?”
Saya mengangguk.
“Tetapi mengapa saya rasa seperti seorang pemenang?” tanya Dustin.
“Sebab kamu memang seorang pemenang,” jawab saya dengan tersenyum.
Dustin menyangka bahawa kekalahan dalam sesuatu perlawanan bermaksud dia seorang yang gagal walaupun dia telah mencuba sebaiknya. Sebagai seorang yang percaya kepada Yesus, perjuangan kita bukan hanya terhad di padang sukan. Namun, kita sering kali terpengaruh untuk menganggap waktu kesukaran hidup akan mencerminkan nilai harga diri kita.
Rasul Paulus mengesahkan terdapat ikatan antara penderitaan sekarang dan kemuliaan kita pada masa depan sebagai anak Tuhan. Dengan menyerahkan Diri-Nya kepada kita, Yesus terus bekerja bagi pihak kita semasa kita bergelut dengan dosa kita dan mengubah kita untuk menyerupai-Nya (Roma 8:31-32). Walaupun setiap kita akan mengharungi kesukaran dan penganiayaan, kasih Tuhan yang tidak tergoyah akan menolong kita terus bertabah (ayat 33-34).
Sebagai anak Tuhan, kita mungkin akan terpengaruh untuk membenarkan pergelutan kita menentukan nilai harga diri kita. Bagaimanapun, kemenangan kita yang sempurna sudah terjamin. Kita mungkin tersandung dalam perjalanan, tetapi kita akan sentiasa menjadi “lebih daripada penakluk” (ayat 35-39).