Dengungan dalam bilik beransur hilang kepada kesenyapan yang selesa semasa ketua kelab buku merumuskan novel yang akan dibincangkan oleh kumpulan tersebut. Kawan saya Joan mendengar dengan teliti tetapi tidak mengenalpasti plot tersebut. Akhirnya, dia menyedari bahawa dia telah membaca sebuah buku bukan fiksyen dengan tajuk yang sama dengan buku fiksyen yang dibaca oleh orang lain. Walaupun dia seronok membaca buku yang “salah”, dia tidak dapat menyertai perbincangan rakan-rakannya tentang buku yang “betul”.
Rasul Paulus tidak menginginkan orang percaya di Korintus mempercayai Yesus yang “tidak benar”. Dia menyarankan bahawa guru-guru palsu telah menceroboh gereja dan menyampaikan “Yesus” yang berlainan kepada mereka, dan mereka telah menerima kebohongan tersebut. (2 Korintus 11:3-4).
Paulus mengecam ajaran sesat daripada guru-guru palsu tersebut. Bagaimanapun, dalam surat pertamanya kepada gereja, dia menyemak kebenaran tentang Yesus dalam Alkitab … Yesus ini ialah Mesias yang telah “mati untuk menebus dosa kita … dibangkitkan pada hari yang ketiga … memperlihatkan diri-Nya kepada Petrus, kemudian kepada dua belas murid-Nya (1 Korintus 15:3-8). Yesus ini telah turun ke bumi melalui seorang anak dara yang bernama Maria dan dinamakan Immanuel (“Allah menyertai kita”) untuk mengesahkan keilahian-Nya (Matius 1:20-23).
Adakah ini kedengaran seperti Yesus yang anda kenal? Memahami dan menerima kebenaran yang ditulis dalam Alkitab tentang-Nya akan membantu kita memperoleh keyakinan yang pasti dalam perjalanan rohani yang menuju ke syurga.