Visi yang Baru
Saya memakai cermin mata baharu ketika masuk ke ruang ibadat di gereja. Ketika saya duduk, saya menyedari seorang saudari juga sedang duduk di bahagian sayap gereja yang satu lagi. Ketika saya melambaikan tangan kepadanya, dia seakan-akan amat dekat dan jelas. Saya seakan-akan dapat menggapainya meskipun dia sebenarnya berada beberapa meter dari saya. Setelah ibadat selesai, kami pun bercakap-cakap. Saya baru sedar bahawa dia berada di tempat duduk yang sama pada setiap ibadat. Saya boleh melihatnya dengan lebih baik hanya kerana preskripsi yang dinaikkan taraf dalam cermin mata baharu saya.
Misi Menyelamat
Sukarelawan di sebuah organisasi penyelamat binatang ternakan di Australia menemui seekor biri-biri yang berkeliaran dibebani oleh bulu kusut dan kotor yang beratnya lebih daripada 34 kilogram. Penyelamat mengesyaki biri-biri itu telah dilupakan dan hilang di semak belukar sekurang-kurangnya lima tahun. Para sukarelawan menenangkan biri-biri tersebut ketika melalui proses yang tidak selesa dengan mencukur bulunya yang berat itu. Setelah dibebaskan daripada bebanan, biri-biri yang diberi nama Baarack itu pun mula makan. Kakinya semakin kuat. Ia semakin yakin dan tenang ketika bersama-sama dengan para penyelamatnya dan haiwan-haiwan lain di tempat perlindungan tersebut.
Permulaan Kecil
Jambatan Brooklyn dianggap sebagai “keajaiban dunia yang kelapan” ketika ia siap dibina pada tahun 1883. Jambatan ini hanya ada satu wayar besi halus yang mengikat satu hujung dengan hujung yang lain supaya binaan tersebut dapat dibina. Wayar-wayar tambahan ditambahkan kepada wayar utama sehingga menjadi sebuah kabel besar, bersama-sama dengan tiga kabel lain yang dipintal bersama. Setelah selesai, setiap kabel—yang terdiri lebih daripada 5000 wayar yang disadur zink—membantu menyokong jambatan gantung yang paling panjang pada ketika itu. Sesuatu yang kecil telah bertukar menjadi sebuah bahagian yang amat besar pada Jambatan Brooklyn.”
Memilih Sukacita
Keith berasa sedih ketika dia berjalan dengan susah payah melalui bahagian jualan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tangannya menggeletar disebabkan oleh tanda pertama penyakit Parkinson. Berapa lama lagi kualiti hidupnya akan mulai merosot? Apakah ertinya hal ini kepada isterinya dan anak-anaknya? Kesuraman Keith dipecahkan oleh tawa. Berdekatan dengan bahagian kentang, seorang lelaki menolak seorang budak lelaki yang sedang tertawa di kerusi roda. Lelaki itu membongkok dan berbisik kepada anak lelakinya yang tidak dapat berhenti tersenyum lebar. Keadaannya nyata lebih teruk daripada Keith, namun dia dan ayahnya memperoleh kegembiraan dalam apa pun keadaan yang mampu.