Month: Mac 2023

Mengendahkan Tuhan

Pada suatu ketika dahulu saya selalu memandu kereta untuk berulang-alik dari universiti ke rumah. Jalan ke rumah saya melewati padang gurun nampaknya membosankan sekali. Oleh sebab jalan tersebut panjang dan lurus, ada waktunya saya mendapati saya memandu melebihi had laju yang sepatutnya. Pada mulanya saya diberi amaran oleh polis lebuh raya. Selepas itu saya diberikan saman. Kemudiannya, saya disaman kali kedua di tempat yang sama.

Kasih ini Nyata

“Aku rasa seperti tikar ditarik dari bawah kakiku,” kata Jojie. “Kejutan daripada menemukan kebenaran hal itu umpama satu tamparan fizikal.” Jojie mendapat tahu bahawa tunangnya berlaku curang. Perhubungan Jojie yang terdahulu juga berakhir begini. Oleh demikian, apabila Jojie terdengar tentang kasih Tuhan dalam satu sesi pengkajian Alkitab, dia pun tertanya-tanya: Adakah ini juga penipuan? Adakah aku akan mengalami sakit hati kalau aku percaya kepada Tuhan apabila Dia berfirman bahawa Dia mengasihi aku?

Oasis yang Menyegarkan

Ketika Andrew dan keluarganya mengunjungi safari di Kenya, mereka berseronok menyaksikan pelbagai jenis haiwan sering pergi ke sebuah tasik kecil yang terletak di tengah-tengah landskap yang gersang. Haiwan-haiwan seperti zirafah, seladang, badak air dan unggas air semuanya menuju ke sumber air yang memberikan hidup. Apabila Andrew memerhatikan ulang-alik haiwan-haiwan tersebut, dia pun terfikir, “Alkitab umpama mata air yang ilahi”—Alkitab bukan sahaja ialah sumber pimpinan dan hikmah, tetapi juga oasis yang menyegarkan untuk menghilangkan rasa dahaga bagi semua lapisan manusia.

Mencari Kelegaan dalam Yesus 

Jiwa yang resah gelisah tidak akan puas dengan kekayaan dan kejayaan. Seorang ikon muzik desa (country music) yang sudah meninggal dapat membuktikan kebenaran ini. Hampir empat puluh daripada albumnya muncul dalam carta Billboard sepuluh teratas muzik desa. Sama banyak bilangan lagunya juga tersenarai sebagai nombor satu. Namun begitu, dia juga telah berkahwin beberapa kali dan pernah masuk penjara. Walaupun dengan segala pencapaiannya, dia pernah mengeluh: “Jiwa aku penuh resah gelisah yang tidak pernah aku atasi, malah tidak boleh dipuaskan oleh kemasyhuran, perkahwinan ataupun makna hidup … Ia masih mencengkam jiwa aku dan akan berterusan sehingga hari aku mati.” Alangkah sedihnya, dia sebenarnya boleh mendapat kelegaan dalam jiwanya sebelum hayatnya tamat.