Saya dan kakak saya sering bergaduh semasa kami masih kecil, tetapi ada satu masa yang paling saya ingat. Selepas kami berteriak antara satu sama lain, dia mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati, sehingga saya merasakan dia tidak boleh dimaafkan. Apabila nenek saya melihat permusuhan kami yang semakin memuncak, dia mengingatkan kami tentang tanggungjawab kami untuk saling mengasihi: “Tuhan beri kamu seorang kakak dan adik perempuan dalam hidup. Jadi, berbaik-baiklah dan saling mengasihi” katanya. Apabila kita memohon Tuhan agar Dia memenuhi kita dengan kasih sayang dan persefahaman, Dia menolong kita mengakui bahawa kita telah saling menyakiti dan hendaklah saling memaafkan.

Memang sangat mudah seseorang menyimpan kepahitan dan kemarahan, tetapi Tuhan menghendaki kita mengalami kedamaian yang hanya boleh tercapai apabila kita meminta Dia menolong kita melepaskan perasaan dendam (Efesus 4:31). Daripada menyimpan dendam, tindakan yang terbaik adalah kita meneladani pengampunan Kristus yang punca daripada kasih dan rahmat, serta berusaha untuk “berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampuni [kita] dalam Kristus” (ayat 32). Apabila kita berasa sukar untuk memaafkan orang, semoga kita mempertimbangkan rahmat yang diberikan Tuhan kepada kita setiap hari. Tidak kira berapa sering kita gagal, kasih setia Tuhan tidak pernah lenyap (Ratapan 3:22). Tuhan dapat menolong kita membuang kepahitan dalam hati kita, agar kita bebas untuk terus berharap kepada-Nya dan menerima kasih-Nya.