Christina Rossetti, seorang penyair dan penulis bahan renungan mendapati bahawa hidupnya penuh kesukaran. Dia mengalami kemurungan dan pelbagai penyakit sepanjang hidupnya serta mengalami tiga kali putus pertunangan. Akhirnya dia meninggal dunia akibat kanser.

Daud disanjung tinggi oleh seluruh bangsa Israelsebagai seorang pahlawan yang menang. Namun sepanjang hidupnya, Daud menghadapi pelbagai kesusahan. Pada akhir pemerintahannya, anaknya sendiri, penasihat yang dipercayainya dan sebahagian besar rakyat berpaling melawan dia (2 Samuel 15:1-12). Maka Daud melarikan diri dari Yerusalem, bersama-sama Imam Abyatar dan Zadok serta tabut perjanjian Tuhan (ayat 14, 24).

Setelah Abyatar mempersembahkan korban kepada Tuhan, Daud berkata kepada para imam, “Bawalah tabut Allah itu kembali ke dalam kota. Jika TUHAN berkenan padaku, tentu aku akan dibawa-Nya kembali dan diizinkan melihat tabut itu lagi serta tempat kediaman-Nya” (ayat 25). Walaupun masih dalam ketidakpastian, Daud berkata, “Tetapi jika Dia berfirman begini, ‘Aku tidak berkenan padamu,’ … Biarlah dilakukan-Nya terhadap aku apa yang dipandang-Nya baik” (ayat 26). Daud tahu dia boleh mempercayai Tuhan.

Christina Rossetti juga mempercayai Tuhan, dan hidupnya berakhir dalam harapan. Jalan hidup sememangnya berliku-liku, tetapi semuanya menuju kepada Bapa syurgawi kita, yang menanti kita dengan tangan terbuka.