Month: April 2023

Kuat dan Baik

Pelayan muda kampus itu berasa susah hati, tetapi dia kelihatan bingung apabila saya dengan terus terang bertanya jika dia berdoa untuk pimpinan Tuhan dan pertolongan-Nya. Berdoa, seperti yang digesa oleh Paulus, tanpa berhenti. Pemuda itu mengaku, “Saya tidak pasti saya masih percaya dalam doa.” Dahinya berkerut. “Atau percaya bahawa Tuhan masih mendengar. Lihatlah keadaan dunia ini.” Pemimpin muda itu “membina” sebuah pelayanan berdasarkan kekuatannya sendiri, malangnya, dia gagal. Mengapakah demikian? Sebab dia menolak Tuhan. 

Lepaskannya

Autobiografi Agustinus, Confessions (Pengakuan-Pengakuan) menghuraikan perjalanannya yang panjang dan berliku ketika kembali kepada Yesus. Pada suatu ketika, dia sedang dalam perjalanan ke istana untuk menyampaikan ucapan yang mengangkat-angkat maharaja. Apabila dia sedang berasa gelisah bagaimana dia hendak mengampu raja, dia memperhatikan seorang pengemis yang mabuk sedang “bergurau dan ketawa” dengan orang lain. Dia menyedari kebahagiaannya yang singkat dan diperolehi melalui cara yang licik, semua ini boleh diperolehi oleh pemabuk itu dengan mudah, lebih-lebih lagi dengan sedikit usaha sahaja. Maka Augustine berhenti mengejar kejayaan duniawi.

Sifat Berjimat yang Melampau

Sifat berjimat makcik Margaret memang diketahui semua orang. Selepas dia meninggal dunia, anak saudaranya menyusun barang-barang mendiang yang ada kenangan pahit manisnya. Mereka menemui pelbagai jenis tali pendek tersusun kemas di dalam beg plastik kecil yang berlabel: “Tali terlalu pendek untuk digunakan” di dalam laci.

Mengasihi seperti Yesus 

Sementara menunggu kereta api di sebuah stesen di Atlanta, Georgia, seorang lelaki muda yang memakai seluar dan kemeja berbutang duduk di atas bangku. Semasa dia dengan payah mengenakan tali lehernya, seorang wanita yang lebih tua mendorong suaminya membantu pemuda itu. Apabila lelaki tua itu membongkok dan mula mengajar lelaki muda itu cara mengikat tali lehernya, seorang yang tidak dikenali mengambil gambar mereka bertiga. Apabila foto ini menular atas talian, ramai penonton memberikan komen tentang kuasa tindakan spontan yang melakukan kebaikan kepada orang lain.  

Kuasa Pengampunan

Sebuah berita pada tahun 2021 melaporkan bahawa 17 orang mubaligh telah diculik oleh sekumpulan geng. Geng itu mengancam untuk membunuh kumpulan tersebut (termasuk kanak-kanak) jika tuntutan wang tebusan mereka tidak dipenuhi. Sungguh mengagumkan, akhirnya semua mubaligh itu sama ada dilepaskan atau melarikan diri daripada tawanan. Ketika mereka tiba di tempat selamat, mereka menghantar mesej kepada penculik-penculik mereka: “Yesus mengajar kami melalui perkataan dan teladan-Nya sendiri bahawa kuasa kasih yang mengampuni lebih kuat daripada kebencian terhadap kekerasan. Oleh itu, kami mengampuni kamu semua.”