Pada tahun 2021, usaha daripada berbilang negara telah menghasilkan pelancaran Teleskop Angkasa James Webb— dilancarkan sejauh hampir sejuta batu dari bumi untuk mengkaji alam semesta. Benda yang menakjubkan ini akan menyingkap ruang angkasa serta menyelidiki bintang-bintang dan keajaiban cakerawala.
Ini ialah teknologi astronomi yang luar biasa, dan jika segalanya berjalan dengan lancar, ia akan memberi kita informasi dan gambar-gambar yang menakjubkan. Namun ini bukanlah sesuatu misi yang baru. Sebenarnya , nabi Yesaya menggambarkan tentang pencarian bintang-bintang apabila dia berkata, “Layangkanlah pandang ke langit dan lihatlah: siapakah yang mencipta benda-benda itu? Dialah yang mengeluarkan cakerawala angkasa menurut jumlahnya” (Yesaya 40:26). “Malam memberitahu kepada malam”, menceritakan tentang Pencipta yang mewujudkan alam semesta yang luas terbentang dan luar biasa (Mazmur 19:2)—serta berbagai ciptaan yang bersinar yang tidak terbilang banyaknya menghiasi langit malam dengan senyap (ayat 3).
Tuhan sendiri yang menentukan bilangan objek yang bersinar di alam semesta: “Dia menghitung bintang-bintang, Dia memanggil setiap satu dengan namanya.” (Mazmur 147:4). Ketika manusia menghantar pengesan yang rumit dan menakjubkan untuk meneroka alam semesta, kita dapat menikmati keajaiban penemuan yang dibuat oleh peneroka, kerana setiap penemuan menunjuk kepada Pencipta sistem solar dan segala sesuatu di luar jangkauan kita. Ya, “seluruh langit mengakui kemuliaan Allah” (19:1)—bintang-bintang dan segalanya.