Madeleine L’Engle membuat satu kebiasaan untuk menelefon ibunya sekali dalam seminggu. Ketika usia ibunya semakin meningkat , penulis buku rohani itu lebih kerap menelefon, “hanya untuk kekal berhubung.” Dengan cara yang sama, Madeleine menyukai anak-anaknya menelefon dan mengekalkan hubungan tersebut. Ada kalanya panggilan telefon menjadi perbualan panjang yang dipenuhi dengan persoalan dan jawapan yang penting. Pada masa lain, panggilan sekadar untuk memastikan nombor tersebut masih digunakan adalah mencukupi. Sepertimana yang ditulisnya dalam bukunya yang bertajuk Walking on Water, “Adalah baik bagi anak-anak untuk sentiasa berhubung. Adalah baik bagi kita sebagai anak-anak untuk kekal berhubung dengan Bapa kita.”

Kebanyakan kita biasa dengan Doa Tuhan dalam Matius 6:9-13. Namun ayat-ayat Alkitab sebelumnya adalah sama pentingnya, kerana petikan ini menetapkan nada berikutnya. Kita berdoa bukan untuk menunjuk-nunjuk, agar “dilihat orang” (ayat 5). Walaupun tiada had ditentukan bagi masa doa kita, doa yang “banyaknya kata-kata” (ayat 7, TB) secara langsung tidak bermaksud doa yang berkualiti. Penekanan tersebut seolah-olah adalah untuk mengekalkan hubungan yang berterusan dengan Bapa kita yang mengetahui keperluan kita “sebelum [kita] memohonnya” (ayat 8). Yesus menekankan betapa baiknya kita kekal berhubung dengan Bapa kita. Kemudian Dia memberi panduan ini: “Berdoalah demikian” (ayat 9).

Doa ialah pilihan yang baik dan penting kerana ia membuat kita kekal berhubung dengan Tuhan dan Bapa kita.