Seorang jurulatih renang di New Jersey ternampak sebuah kereta sedang tenggelam ke dalam Teluk Newark (Newark Bay) dan mendengar pemandu itu menjerit “Saya tidak boleh berenang” apabila keretanya, sebuah model SUV tenggelam dengan cepat ke dalam perairan yang keruh. Ketika orang ramai melihat dari daratan, Anthony berlari ke arah batu-batu di sepanjang pinggir, menanggalkan kaki palsunya, dan terjun ke dalam air untuk menyelamatkan lelaki yang berumur 68 tahun itu serta menolong dia pergi ke pantai dengan selamat. Syukur atas tindakan cepat Anthony, seorang lelaki telah diselamatkan.

Pilihan kita penting. Renungkan kisah Yakub, bapa kepada ramai anak lelaki, yang secara terang-terangan lebih mengasihi anak lelakinya Yusuf yang berumur 17 tahun. Dia bertindak kurang bijak dengan membuatkan “sehelai jubah indah” untuk Yusuf (Kejadian 37:3). Akibatnya? Adik-beradik Yusuf membenci dia (ayat 4); dan mereka mengambil kesempatan untuk menjualnya menjadi hamba abdi (ayat 28). Namun disebabkan Yusuf akhirnya berada di Mesir, Tuhan memakai dia untuk menyelamatkan keluarga Yakub dan orang lain apabila kebuluran melanda selama tujuh tahun—meskipun adik-beradik Yusuf berniat jahat terhadapnya (lihat 50:20). Pilihan yang menghasilkan semua itu bermula daripada keputusan Yusuf untuk menjadi seorang yang berakhlak dan melarikan diri daripada isteri Potifar (39:1–12). Akibatnya dia dipenjarakan (39:20), tetapi kejadian ini membawa satu pertemuan yang bermakna dengan Firaun (fasal 41).

Anthony mungkin mempunyai kelebihan kerana dia adalah seorang yang terlatih, tetapi dia masih perlu membuat pilihan. Apabila kita mengasihi Tuhan dan melayani-Nya, Dia menolong kita membuat pilihan yang meneguhkan kehidupan dan memuliakan Tuhan. Jika kita belum melakukannya, kita boleh bermula dengan mempercayai Yesus.