Dicurahi Roh Kudus
Seorang pengarang yang bernama Scot McKnight, berkongsi tentang “pengalaman dicurahi Roh Kudus” sewaktu dia berada di sekolah menengah. Semasa dia menyertai sebuah kem, penceramah kem tersebut telah mencabar dia menerima Kristus dalam hidupnya dan dikuasai oleh Roh Kudus. Kemudian, dia duduk di bawah sebatang pokok dan berdoa, “Tuhan, ampunilah segala dosaku. Roh Kudus, masuklah dan penuhilah aku.” Sesuatu yang menakjubkan telah berlaku, kata Mcknight. “Sejak saat itu hidupku benar-benar berubah. Tidak sempurna tetapi berbeza.” Dia tiba-tiba ingin membaca Alkitab, berdoa, bertemu dengan orang Kristian yang lain dan melayani Tuhan.
Ruang yang Sunyi
Jika anda suka ketenangan dan kesunyian, anda pasti suka bilik ini di Minneapolis, Minnesota. Bilik tersebut menyerap 99.99 peratus daripada semua bunyi! Bilik anechoic (bebas gema) di Makmal Orfield yang masyhur sedunia telah dikenali sebagai “tempat paling sunyi di bumi.” Orang yang ingin mengalami ruang yang “kalis” bunyi ini dikehendaki duduk diam untuk mengelakkan menjadi bingung disebabkan keadaan yang tiada bunyi itu, dan tiada seseorang pun pernah meluangkan lebih daripada 45 minit di dalam bilik tersebut.
Merendah Diri
Ketua pegawai eksekutif sebuah francais makanan beku telah menyamar sebagai juruwang dalam siri televisyen Undercover Boss. Dia bekerja di salah sebuah kedai francaisnya dengan mengenakan rambut palsu dan solekan untuk menyamarkan identitinya sebagai kakitangan “baharu”. Tujuan dia turun padang adalah untuk meninjau selok-belok pentadbiran dan pengurusan kedai itu. Berdasarkan pemerhatiannya, dia dapat menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh kedai tersebut.
Jengket-Jengket dengan Dosa
Anjing kami yang bernama Winston tahu bahawa kami tidak membenarkannya menggigit kasut. Jadi Winston menggunakan satu strategi yang licik, iaitu secara jengket-jengket (berjalan perlahan-lahan dengan selamba). Jika Winston ternampak kasut diletakkan di suatu sudut, anjing ini akan sepintas lalu menuju ke arah kasut tersebut, mengambilnya dengan senyap dan terus berjalan. Perlahan, seperti tiada apa yang berlaku. Akhirnya Winston akan terus keluar dari pintu seolah-olah tiada sesiapa yang perasan. Masa itu anak saya akan berteriak, “Uh, ibu, Winston baru sahaja jengket-jengket bawa kasut ibu ke luar.”