Apabila anda mendengar cerita mereka, jelas bahawa kesukaran paling besar yang mungkin dihadapi oleh para banduan ialah pengasingan dan kesepian. Malah, satu kajian menunjukkan bahawa tanpa mengambil kira tempoh mereka dipenjara, kebanyakan banduan hanya menerima dua lawatan daripada rakan atau ahli keluarga sepanjang mereka berada di penjara. Kesepian ialah realiti yang berterusan.
Saya membayangkan kesakitan yang dialami oleh Yusuf ketika dia disalah tuduh. Namun sinar harapan menembusi hidupnya. Tuhan menolong Yusuf mentafsirkan mimpi seorang banduan dengan tepat, yang kebetulan pernah menjadi hamba yang dipercayai Firaun. Yusuf memberitahu lelaki itu dia akan dikembalikan ke posisinya dan meminta lelaki itu menceritakan tentang dia kepada Firaun supaya Yusuf dibebaskan (Kejadian 40:14). Tetapi lelaki itu, iaitu “ketua jururasa santapan tidak teringat akan Yusuf, malah dia melupakannya” (ayat 23). Yusuf menunggu selama dua tahun lagi. Dalam tahun-tahun menunggu, tanpa sebarang tanda bahawa keadaannya akan berubah, Yusuf tidak pernah benar-benar sendirian kerana Tuhan menyertainya. Akhirnya, hamba Firaun tersebut teringat akan janjinya dan Yusuf dilepaskan setelah mentafsirkan mimpi lain dengan tepat (41:9-14).
Tidak kira apa pun situasi yang membuatkan kita berasa dilupakan dan diselubungi perasaan sunyi, kita dapat bersandar pada janji Tuhan yang meyakinkan: “Aku tidak akan melupakan engkau!” (Yesaya 49:15).