Selepas mengumpul wang sepanjang tahun untuk “perjalanan yang dinantikan seumur hidup”, pelajar-pelajar senior dari sekolah menengah Oklahoma tiba di lapangan terbang lalu menyedari bahawa ramai mereka telah membeli tiket daripada syarikat palsu yang menyamar sebagai syarikat penerbangan. “Sungguh menyayat hati,” kata seorang pentadbir sekolah. Namun, walaupun mereka terpaksa mengubah rancangan pelancongan, para pelajar itu memutuskan untuk “memanfaatkannya sebaik mungkin.” Mereka menikmati dua hari di tempat-tempat tarikan yang berdekatan, malah tempat-tempat itu menyumbangkan tiket yang percuma untuk mereka.

Apabila rancangan kita menjadi gagal atau harus diubah, kita boleh sahaja berasa kecewa malah menyakitkan hati. Terutamanya ketika kita telah melaburkan masa, wang, atau emosi ke dalam sesuatu rancangan tersebut. Raja Daud “telah berniat membina rumah perhentian bagi tabut perjanjian TUHAN” (1 Tawarikh 28:2), tetapi Tuhan berkata kepadanya: “Engkau tidak boleh membina bait bagi nama-Mu … anakmu Salomo, dialah yang akan membina bait dan pelataran-Ku” (ayat 3, 6). Daud tidak putus harapan. Dia memuji Tuhan kerana memilihnya menjadi raja Israel, dan dia menyerahkan semua rancangan bagi pembinaan Bait Tuhan kepada Salomo (ayat 11-13). Salomo juga memberikan dorongan kepada anaknya: “Kuatkan serta mantapkanlah hatimu, dan bekerjalah! … kerana TUHAN Allah … menyertai engkau” (ayat 20).

Ketika rancangan kita gagal, tidak kira apa sebabnya, bawalah kekecewaan kita kepada Tuhan yang “mengambil berat tentang [kita]” (1 Petrus 5:7). Dia akan menolong kita menangani kekecewaan kita dengan rahmat-Nya.