Pada tahun 2001, seorang bayi pramatang bernama Christopher Duffley telah mengejutkan para doktor kerana dia terselamat. Pada umur lima bulan, dia telah dimasukkan dalam sistem penjagaan anak angkat sehingga keluarga ibu saudaranya mengambilnya sebagai anak angkat. Seorang guru menyedari bahawa Christopher yang berumur empat tahun, walaupun buta dan menghidapi autisme, dia mempunyai nada sempurna, yakni kebolehan mengenal pasti semua nada. Enam tahun kemudian, Christopher berdiri di atas pentas gereja dan menyanyikan lagu, “Bukalah Mata Hatiku.” Rakaman video persembahan tersebut telah mencecah berjuta-juta penonton di internet. Pada tahun 2020, Christopher berkongsi matlamatnya untuk melayani sebagai wakil bagi golongan orang kurang upaya. Dia telah membuktikan bahawa segala kemungkinan adalah tidak terbatas dengan mata hatinya terbuka kepada rancangan Tuhan.
Rasul Paulus memuji gereja di Efesus kerana iman mereka (Efesus 1:15-16). Paulus memohon Tuhan untuk memberi mereka “roh kebijaksanaan dan wahyu” supaya mereka dapat “mengenali-Nya” (ayat 17). Dia berdoa, “semoga Allah menerangkan mata hati” atau membuka mata mereka supaya mereka memahami pengharapan dan warisan yang dijanjikan Tuhan kepada umat-Nya (ayat 18).
Apabila kita meminta Tuhan untuk mendedahkan diri-Nya kepada kita, kita akan lebih mengenali-Nya dan mengisytiharkan nama kuasa, dan kewibawaan-Nya dengan penuh yakin (ayat 19-23). Dengan percaya kepada Yesus dan kasih kepada semua umat Tuhan, kita dapat membuktikan kemungkinan-Nya yang tidak terbatas sambil meminta-Nya untuk terus membuka mata hati kita.