Hadiah yang Mustahil Diberikan
Saya teruja apabila menemui hadiah yang sempurna untuk hari jadi ibu mentua saya: gelang tangan yang mengandungi batu yang mewakili bulan lahirnya! Menemui hadiah yang sempurna untuk seseorang sentiasa membawa kegembiraan. Namun, bagaimana pula jika hadiah yang diperlukan oleh seseorang itu di luar kemampuan kita untuk memberi. Kebanyakan kita berharap bahawa kita boleh memberi seseorang ketenangan minda, keamanan, ataupun kesabaran. Alangkah baiknya jika semua ini boleh dibeli dan dibungkus sebagai sebuah hadiah!
Percaya Sepenuhnya
Sewaktu membuka bidai pada suatu pagi pada musim sejuk, saya melihat suatu pemandangan yang mengejutkan. Dinding kabus. Peramal cuaca memanggilnya sebagai “kabus beku”. Fenomena ini jarang berlaku di lokasi kami. Kabus ini telah membawa suatu kejadian yang lebih mengejutkan: ramalan cuaca melaporkan akan munculnya langit biru dan sinaran matahari—“dalam satu jam kemudian”. “Tidak mungkin,” kata saya kepada suami saya. “Kita tidak dapat melihat sejauh 30 cm di hadapan pun.” Namun dalam masa kurang daripada sejam, kabus telah pudar serta langit bertukar menjadi cerah dan berwarna biru.
Mengenali dan Mengasihi
Dalam artikel hebat yang bertajuk “Adakah Anak Lelakiku Mengenali Anda?”, wartawan sukan yang bernama Jonathan Tjarks menceritakan perjuangannya melawan kanser tahap akhir serta keinginannya untuk orang lain menjaga isteri dan anak mudanya dengan baik. Wartawan yang berumur tiga puluh empat tahun itu menulis artikel tersebut enam bulan sebelum kematiannya. Tjarks, seorang yang percaya kepada Yesus, yang bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih muda, telah berkongsi ayat Alkitab yang menyatakan penjagaan balu dan anak yatim (Keluaran 22:22; Yesaya 1:17; Yakobus 1:27). Dalam kata-katanya yang ditujukan kepada sahabat-sahabatnya, dia juga menulis, “Apabila aku bertemu dengan anda di syurga, hanya satu soalan yang aku akan tanya—Adakah anda melayan anak lelaki dan isteriku dengan baik? Adakah anak lelakiku mengenali anda?
Bukalah Mata Hatiku
Pada tahun 2001, seorang bayi pramatang bernama Christopher Duffley telah mengejutkan para doktor kerana dia terselamat. Pada umur lima bulan, dia telah dimasukkan dalam sistem penjagaan anak angkat sehingga keluarga ibu saudaranya mengambilnya sebagai anak angkat. Seorang guru menyedari bahawa Christopher yang berumur empat tahun, walaupun buta dan menghidapi autisme, dia mempunyai nada sempurna, yakni kebolehan mengenal pasti semua nada. Enam tahun kemudian, Christopher berdiri di atas pentas gereja dan menyanyikan lagu, “Bukalah Mata Hatiku.” Rakaman video persembahan tersebut telah mencecah berjuta-juta penonton di internet. Pada tahun 2020, Christopher berkongsi matlamatnya untuk melayani sebagai wakil bagi golongan orang kurang upaya. Dia telah membuktikan bahawa segala kemungkinan adalah tidak terbatas dengan mata hatinya terbuka kepada rancangan Tuhan.
Harapan untuk Mereka yang Terluka
“Kebanyakan orang mempunyai parut yang tidak dapat dilihat atau difahami oleh orang lain.” Kata-kata yang jujur itu datang daripada pemain Besbol Liga Utama, Andrelton Simmons, yang bersara pada penghujung musim 2020 kerana masalah kesihatan mental. Simmons berkongsi kisahnya untuk menggalakkan orang lain yang menghadapi cabaran yang serupa dan memperingatkan orang ramai untuk menunjukkan simpati.