Selepas sakit beberapa hari dan menghidapi deman panas yang tinggi, jelas sekali suami saya memerlukan penjagaan kecemasan. Pihak hospital terus memasukkannya di wad. Pada hari keesokkan, keadaannya bertambah baik, tetapi dia masih belum dapat keluar dari hospital. Saya menghadapi pilihan yang sukar sama ada tinggal bersama dengan suami atau pergi melakukan satu lawatan kerja yang penting, yang melibatkan banyak orang dan projek. Suami saya meyakinkan bahawa dia akan baik-baik sahaja. Tetapi hati saya berbelah bagi antara dia dan kerja saya.
Umat Israel memerlukan pertolongan Tuhan ketika berada di persimpangan dalam membuat keputusan hidup. Mereka sering tidak mematuhi arahan yang telah disampaikan. Oleh itu, Musa menyeru mereka memilih hidup dengan mengikut perintah Tuhan (Ulangan 30:19). Kemudian, nabi Yeremia memberi arahan kepada umat Tuhan yang degil itu, iaitu menggesa mereka untuk mengikut jalan-Nya: “Berdirilah di jalan-jalan dan amatilah! Tanyakanlah jalan-jalan yang dahulukala, di mana ada jalan yang baik, tempuhlah itu” (Yeremia 6:16). Jalan-jalan yang dahulukala disebutkan dalam Alkitab dan penyediaan Tuhan pada masa lalu dapat memimpin kita.
Saya membayangkan sendiri berada di satu persimpangan secara fizikal dan perlu menggunakan ajaran hikmat Yeremia. Suami memerlukan saya. Begitu juga kerja saya. Sejenak kemudian, penyelia saya menelefon dan menggalakkan saya tinggal di rumah. Saya menarik nafas dan mengucap syukur kepada Tuhan akan penyediaan-Nya di persimpangan ini. Petunjuk Tuhan tidak semestinya datang terlalu awal, tetapi ia akan datang. Apabila kita berada di persimpangan jalan hidup, marilah kita mencari Tuhan untuk memohon pertolongan-Nya.