Hari ini ialah Hari Epiphany, hari memperingati peristiwa yang diceritakan oleh lagu Krismas “We Three Kings of Orient Are” (Kita ialah Tiga Raja dari Timur) apabila ahli ilmu bintang kafir datang melawat Yesus yang baru lahir. Namun mereka bukan raja, mereka bukan dari Timur Jauh (sebagaimana yang pada mulanya dimaksudkan oleh perkataan Orient), dan nampaknya mereka bukan tiga orang sahaja.

Walau bagaimanapun, di situ terdapat tiga pemberian, dan lagu Krismas itu menceritakan setiap daripadanya. Apabila orang majus itu sampai di Bethlehem, mereka “membuka harta benda mereka dan mempersembahkan emas, dupa dan mir kepada-Nya” (Matius 2:11). Hadiah-hadiah tersebut melambangkan misi Yesus. Emas melambangkan peranan Dia sebagai Raja. Dupa, yang dicampurkan dengan kemenyan yang dibakar di tempat suci, menyatakan keagungan-Nya. Mir pula digunakan untuk mengawet mayat, ini membuatkan kita tergamam sebentar.

Rangkap keempat dalam lagu Krismas tersebut menyatakan, “Mir adalah kepunyaanku; pewangi yang pahit / memberi nafas hidup yang penuh suram; / kesuraman, keluhan, pendarahan, nazak, / ditutup rapat dalam batu makam yang sejuk.” Kita tidak akan menulis peristiwa sedemikian dalam cerita, tetapi Tuhan. Kematian Yesus ialah dasar utama kepada keselamatan kita. Herodes bahkan cuba untuk membunuh Yesus semasa Dia masih lagi seorang anak kecil (ayat 13).

Rangkap terakhir lagu Krismas tersebut menyatukan tiga tema itu; “Kemuliaan lihatlah sekarang Dia bangkit; / Raja dan Tuhan dan pengorbanan.” Demikianlah lengkapnya kisah Krismas, yang menginspirasikan respons kita: “Haleluya, Haleluya / bunyi menembusi bumi dan langit.”