“Bagaimanakah aku mencintaimu? Biar kuhitung cara-caranya.” Kata-kata tersebut oleh Elizabeth Barrett Browning daripada Sonnets from the Portuguese adalah antara puisi yang terkenal dalam bahasa Inggeris. Dia menulis puisi itu istimewa untuk Robert Browning sebelum mereka berkahwin, dan lelaki tersebut sangat terharu sehingga dia menggalakkan Elizabeth untuk menerbitkan seluruh koleksi puisinya. Tetapi disebabkan bahasa sonet adalah sangat lembut, kerana keinginan untuk privasi peribadi, Barret menerbitkannya seolah-olah seperti terjemahan daripada seorang penulis Portugis.
Kadangkala kita berasa janggal apabila kita meluahkan perasaan kasih sayang secara terbuka kepada orang lain. Namun Alkitab tidak menyembunyikan penyampaian kasih Tuhan. Yeremia mengisahkan kasih Tuhan kepada umat-Nya dengan kata-kata lembut demikian: “Aku mengasihi engkau dengan kasih yang kekal, sebab itu Aku menuntun engkau dengan kasih abadi” (Yeremia 31:3). Walaupun umat-Nya telah berpaling daripada-Nya, Tuhan berjanji untuk memulihkan mereka dan membawa mereka dekat kepada-Nya. “Aku akan datang untuk menenangkan Israel,” Tuhan berfirman kepada mereka (ayat 2).
Yesus merupakan ekspresi terakhir kasih Tuhan yang memulihkan, memberi ketenangan dan rehat kepada sesiapa yang datang kepada-Nya. Dari sebuah palung ke salib dan ke kubur kosong, Dia adalah personifikasi daripada kehendak Tuhan untuk memanggil dunia yang sesat kembali kepada-Nya. Bacalah Alkitab daripada awal sampai akhir dan anda akan “menghitung cara-cara” kasih Tuhan berkali-kali; tetapi kekal seperti sedia ada, anda tidak akan sampai ke penghujungnya.