Sebagai seorang yang baru percaya kepada Yesus pada umur tiga puluh tahun, saya mempunyai banyak persoalan setelah menyerahkan hidup saya kepada-Nya. Apabila saya mula membaca firman Tuhan, lebih banyak persoalan yang timbul. Maka saya bertanya kepada seorang saudari. “Bagaimana mungkin saya boleh mematuhi semua hukum Tuhan! Saya baru menengking suami saya pagi ini!”
“Teruskan membaca Alkitabmu,” katanya, “dan minta Roh Kudus menolongmu untuk mengasihi seperti Yesus mengasihi anda.”
Setelah lebih dua puluh tahun hidup sebagai anak Tuhan, kebenaran yang ringkas tetapi mendalam itu telah membantu saya menempuh tiga langkah dalam kitaran kasih-Nya yang besar: Pertama, rasul Paulus menegaskan bahawa kasih adalah pusat di dalam kehidupan kita sebagai orang percaya. Kedua, dengan terus membayar hutang dengan “saling mengasihi”, para pengikut Kristus akan berjalan dalam ketaatan, “kerana seseorang yang mengasihi sesama manusia telah memenuhi hukum” (Roma 13:8). Akhirnya, kita memenuhi hukum kerana “kasih tidak berbuat jahat kepada sesama manusia” (ayat 10).
Apabila kita mengalami betapa dalamnya kasih Tuhan bagi kita, yang ditunjukkan dengan agungnya melalui pengorbanan Kristus di kayu salib, kita dapat membalas dengan rasa kesyukuran. Pengabdian yang penuh syukur kepada Yesus membawa kita mengasihi orang lain melalui perkataan, tindakan dan sikap kita. Kasih sejati mengalir daripada Tuhan yang benar dan Tuhan itu kasih (1 Yohanes 4:16, 19).
Tuhan yang pengasih, tolonglah kami masuk ke dalam kitaran kasih-Mu yang hebat!