“Di manakah Imanku?—bahkan di lubuk hatiku pun tiada apa-apa selain kekosongan & kegelapan … Jika Tuhan betul-betul hadir—ampunilah aku.”
Pengarang kata-kata itu mungkin akan mengejutkan anda: Mother Teresa. Dia seorang yang amat dikasihi dan terkenal sebagai hamba Tuhan yang tidak kenal lelah kepada orang miskin di Calcutta, India, Mother Teresa secara senyap-senyap bergelut dengan imannya selama lima dekad. Selepas kematiannya pada tahun 1997, pergelutan itu terserlah apabila sebahagian jurnalnya diterbitkan dalam buku Come Be My Light.
Apa yang kita lakukan dengan keraguan atau perasaan tentang kehadiran Tuhan? Detik-detik itu mungkin melanda sebahagian orang beriman lebih daripada yang lain. Tetapi bagi ramai orang percaya yang setia kepada Yesus, mungkin mereka pernah mengalami detik atau musim keraguan sedemikian pada satu ketika dalam hidup mereka.
Saya bersyukur kerana Alkitab telah memberi kita doa yang indah tetapi kedengaran paradoks, yang menyatakan tentang orang yang percaya tetapi kurang percaya pada masa yang sama. Dalam Markus 9, Yesus bertemu dengan seorang bapa yang anak lelakinya telah dirasuk oleh roh jahat sejak kecil (ayat 21). Apabila Yesus berkata bahawa lelaki itu mesti mempunyai iman (“Segala sesuatu mungkin bagi orang yang percaya” ayat 23), lelaki itu menjawab, “Aku percaya; tolonglah aku yang kurang percaya ini!” (ayat 24).
Rayuan yang jujur dan tulus ini mempelawa kita yang bergelut dengan keraguan untuk menyerahkannya kepada Tuhan, mempercayai bahawa Dia boleh menguatkan iman kita dan memegang kita dengan teguh di tengah-tengah lembah yang paling dalam dan gelap yang pernah kita lalui.