Dikurniakan Kasih Sayang
Pada hari perkahwinan Gwendolyn Stulgis, dia mengenakan pakaian perkahwinan yang diimpikannya. Kemudian dia memberikan pakaian itu kepada orang yang tidak dikenalinya. Stulgis percaya bahawa adalah lebih baik jika pakaian itu tidak hanya disimpan di dalam almari dan dibiarkan berhabuk. Pengantin-pengantin perempuan lain juga bersetuju. Kini ramai wanita berbondong-bondong ke media sosialnya untuk menderma dan menerima pakaian perkahwinan. Seorang penderma berkata, “Saya harap pakaian ini dapat diberikan daripada seorang pengantin perempuan kepada pengantin perempuan yang Iain, kemudian kepada pengantin perempuan lain lagi, dan biarlah pakaian ini menjadi lusuh dan akhirnya menjadi compang-camping hasil daripada semua kegembiraan yang telah dialami melaluinya.”
Persahabatan yang rapat dalam Kristus
Sebuah monumen di gereja Kolej Kristus, Cambridge, England, telah didedikasikan kepada dua orang ahli fizik pada kurun ke-17, iaitu John Finch dan Thomas Baines. Sebagai “sahabat yang tidak boleh dipisahkan”, Finch and Baines bekerjasama dalam penyelidikan perubatan dan mengembara bersama dalam perjalanan diplomatik. Apabila Baines meninggal dunia pada tahun 1680, Finch meratapi “pertalian jiwa mereka yang tidak terputus”, yang telah bertahan selama tiga puluh enam tahun. Hubungan itu adalah satu persahabatan yang dipenuhi kasih sayang, kesetiaan dan komitmen.
Kerendahan Hati Seorang Bintang
Selepas satu pertandingan, seorang bintang bola keranjang universiti membantu para pekerja membuang cawan kosong dan bungkusan makanan. Apabila seorang peminat mengepos video tentang tindakannya itu, lebih daripada lapan puluh ribu orang menontonnya. Seorang penonton memberikan komen, “[Orang muda itu] ialah salah seorang lelaki paling rendah hati yang pernah anda temui dalam hidup anda.” Adalah lebih mudah bagi pemain tersebut pergi merayakan kemenangan bersama dengan rakan sepasukannya. Sebaliknya, dia dengan rela hati memilih untuk melakukan pekerjaan yang biasanya tidak dihargai orang.