Month: April 2024

Kegembiraan di dalam Kota

Apabila Perancis dan Argentina bertemu pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022, perlawanan ini menjadi sungguh luar biasa dan digelar “perlawanan Piala Dunia terhebat dalam sejarah.” Ketika detik terakhir semakin menjelang pada masa tambahan, kedudukan mereka terikat pada 3-3, menyebabkan perlawanan tersebut masuk kepada sepakan penalti. Selepas Argentina membuat gol kemenangan, negara tersebut meletus dalam perayaan. Lebih daripada sejuta rakyat Argentina membanjiri pusat bandar Buenos Aires. Rakaman dron yang menjadi tular di media sosial menunjukkan adegan yang riuh dan penuh kegembiraan ini. Laporan berita daripada saluran BBC menggambarkan bandar itu bergegar dalam “ledakan kegembiraan.”

Lima Perkara Baik

Menurut kajian, orang yang sentiasa bersyukur atas apa yang dimiliki mereka, dilaporkan mempunyai tidur yang lebih baik, kurang gejala penyakit, dan lebih banyak kebahagiaan. Segala itu merupakan faedah yang mengagumkan. Pakar psikologi juga mencadangkan agar setiap orang patut memiliki "jurnal kesyukuran" untuk meningkatkan kesejahteraan kita, menuliskan lima perkara yang kita syukuri pada setiap minggu.

Sifat Baru Kita dalam Kristus

Pokok Cemara Biru di halaman rumah kami menggugurkan buah pain dan daun yang seperti jarum. Doktor yang pakar dalam pengkajian pokok menjelaskan masalahnya. "Pokok Cemara sememangnya bersifat sebegini," katanya. Saya mengharapkan penjelasan yang lebih baik. Atau satu penyelesaian. Namun, doktor tersebut mengangkat bahu dan berkata sekali lagi, "Pokok Cemara sememangnya bersifat sebegini." Secara semula jadi, pokok itu menggugurkan daunnya yang seperti jarum dan inilah fakta yang tidak akan berubah.

Syukurnya, kehidupan rohani kita tidak dibatasi oleh tindakan atau sikap yang tidak boleh diubah. Paulus menekankan kebenaran ini kepada orang yang baru percaya kepada Yesus di Efesus. "Daya pengertian [orang bukan Yahudi] dimalapkan" katanya, fikiran mereka tertutup kepada Tuhan. Mereka memiliki hati yang keras yang mengandungi “segala noda,” dan hanya mencari kesenangan dan ketamakan (Efesus 4:18-19).
Rasul Paulus menulis, sedangkan "kamu telah mendengar-Nya" (ayat 21) dan kebenaran-Nya, maka "kamu menyingkirkan dirimu yang lama" (ayat 22). Paulus menyatakan bagaimana sifat lama kita “dirosakkan oleh hawa nafsu tipu daya” (ayat 22). Dia berkata, “berubah kepada diri baru yang dicipta menurut teladan Allah dalam perbenaran dan kesucian sejati” (ayat 22-24).

Kehadiran Tuhan yang Abadi

Monique sedang menghadapi pergelutan. Dia mempunyai sahabat-sahabat yang percaya kepada Yesus, dan dia menghormati cara mereka menangani kesukaran dalam hidup mereka. Malah dia juga agak cemburu dengan mereka. Tetapi Monique berasa bahawa dia tidak boleh hidup seperti mereka; dia berpendapat bahawa mempercayai Kristus adalah tentang mematuhi peraturan. Akhirnya, seorang rakan seuniversiti telah membantunya menyedari bahawa Tuhan mempunyai rancangan yang terbaik baginya dalam segala keadaan, dan rancangan-Nya tidak pernah mengecewakan. Sebaik sahaja dia memahami perkara ini, Monique menyerahkan hidupnya kepada Yesus sebagai Penyelamatnya dan menerima kebenaran yang luar biasa tentang kasih Tuhan kepadanya.