Beberapa orang lelaki dalam kumpulan pembelajaran Alkitab kami berusia hampir lapan puluh tahun, jadi saya terkejut apabila mengetahui mereka bergelut dengan nafsu. Pertarungan yang sudah bermula sejak masa muda mereka masih berlarutan. Setiap hari mereka berjanji untuk mematuhi ajaran Yesus, dan meminta pengampunan pada saat mereka gagal.
Mungkin perkara ini mengejutkan kita bahawa lelaki-lelaki yang soleh masih bertarung untuk melawan godaan pada peringkat akhir kehidupan mereka, tetapi mungkin kita tidak sepatutnya berasa terkejut. Berhala ialah apa sahaja yang cuba untuk mengganti Tuhan dalam hidup kita, dan perkara-perkara sedemikian boleh muncul semula setelah sekian lama kita menganggapnya sudah hilang.
Dalam Alkitab, Yakub telah diselamatkan daripada bapa saudaranya Laban dan abangnya Esau. Dia kembali ke Betel untuk menyembah Tuhan dan merayakan berkat Tuhan, namun keluarganya masih memelihara tuhan-tuhan asing yang seharusnya dikuburkan Yakub (Kejadian 35:2-4). Pada akhir kitab Yosua, setelah Israel mengalahkan musuh mereka dan menetap di Kanaan, Yosua masih harus mendesak mereka membuang “segala tuhan bangsa asing yang ada antara kamu dan palingkan hatimu agar sepenuhnya berpusat kepada TUHAN” (Yosua 24:23). Isteri Raja Daud, iaitu Mikhal, juga nampaknya telah menyimpan berhala, kerana dia meletakkan satu terafim di tempat tidur Daud untuk menipu tentera yang datang untuk membunuh suaminya (1 Samuel 19:11-16).
Masalah berhala menjadi amat biasa daripada apa yang kita fikirkan, tetapi Tuhan jauh lebih sabar daripada apa yang kita bayangkan, yang kita sepatutnya tidak layak terima. Walaupun godaan untuk berpaling kepada berhala itu besar, pengampunan Tuhan lebih besar. Semoga kita dikhususkan untuk Yesus—berpaling daripada dosa kita dan mendapatkan pengampunan-Nya.