Month: Jun 2024

Mengharapkan Kedatangan Yesus

Apabila rakan saya Paul sedang menunggu ketibaan seorang juruteknik untuk membaiki peti sejuknya, dia melihat teks pada telefonnya daripada syarikat perkakas itu. Ia berbunyi: “Yesus sedang dalam perjalanannya dan dijangka akan tiba kira-kira pada pukul 11:35 pagi.” Dengan segera Paul menyedari bahawa nama juruteknik itu sememangnya Jesús dalam bahasa Sepanyol (disebutkan he-SUS). 

Karya Agung Ciptaan Tuhan

Walaupun neurosains telah mencapai kemajuan besar dalam memahami cara otak berfungsi, saintis mengakui mereka masih pada peringkat awal. Mereka memahami seni bina otak, beberapa aspek fungsinya, dan bahagian otak yang bertindak balas terhadap persekitaran, mengaktifkan deria kita, menjana pergerakan dan mengandungi emosi. Tetapi mereka masih tidak dapat mengetahui bagaimana semua interaksi ini mempengaruhi tingkah laku, persepsi dan ingatan kita. Karya agung ciptaan Tuhan yang kompleks dan luar biasa—manusia—masih ada banyak misteri. 

Kubur Sebna

Penyair Ireland, iaitu W. B. Yeats mahu dikebumikan “Di Bawah Ben Bulben,” sebuah gunung megah yang memiliki puncak yang rata, tempat yang memberikan inspirasi bagi tajuk puisinya yang terakhir. Baris akhir terukir pada batu nisannya: “Pandangan dingin hati / Pada kehidupan, pada kematian. / Penunggang kuda berlalu sahaja!”

Setiap Detik adalah Penting

Apabila kapal Titanic melanggar bongkah ais pada April 1912, Pastor John Harper mendapatkan tempat untuk anak perempuannya yang berusia enam tahun di salah satu bot penyelamat yang terhad. Dia memberikan jaket keselamatannya kepada penumpang lain dan berkongsi Injil dengan sesiapa sahaja yang mahu mendengarkannya. Ketika kapal itu tenggelam dan ratusan orang menunggu akan bantuan penyelamatan yang tidak mungkin sampai, Harper berenang daripada seorang kepada seorang yang lain dan berkata, “Percayalah kepada Tuhan Yesus, dan kamu akan diselamatkan, kamu dan seisi rumahmu” (Kisah Para Rasul 16:31).

Pemberian yang Murah Hati

Dalam kelab Alkitab yang diadakan selepas sesi persekolahan, ladang pelayanan yang isteri saya Sue melibatkan diri sekali seminggu, kanak-kanak diminta untuk menderma wang bagi membantu kanak-kanak di Ukraine yang dilanda perang. Kira-kira seminggu selepas Sue memberitahu Maggie, iaitu cucu perempuan kami yang berusia sebelas tahun tentang projek itu, kami mendapat sampul suratnya yang mengandungi $3.45 dan sekeping nota: “Ini sahaja yang aku ada untuk anak-anak di Ukraine. Nanti aku bagi lagi.”