Satu kebakaran yang berlaku telah memusnahkan Gereja Baptis Balsora sepenuhnya. Ketika pasukan kecemasan dan ahli komuniti berkumpul selepas kebakaran reda, mereka terkejut melihat salib yang hangus berdiri tegak antara asap dan abu di udara. Seorang anggota bomba menyatakan bahawa api “membakar struktur bangunan tetapi tidak membakar salib. [Ini merupakan peringatan] bahawa bangunan itu, hanyalah sebuah bangunan. Namun gereja terdiri daripada jemaah.”

Gereja bukanlah sebuah bangunan, tetapi sebuah komuniti yang disatukan oleh salib Kristus—Dia yang mati, dikebumikan dan bangkit semula. Ketika Yesus hidup di bumi, Dia memberitahu Petrus bahawa Dia akan membina gereja-Nya di seluruh dunia, dan tada apa-apa yang dapat memusnahkannya (Matius 16:18). Yesus akan mengumpulkan orang-orang yang percaya dari seluruh dunia menjadi satu kumpulan yang akan berterusan sepanjang masa. Komuniti ini akan menghadapi kesukaran yang mendalam, tetapi akhirnya mereka akan bertahan. Tuhan akan tinggal di dalam mereka dan membina mereka (Efesus 2:22).

Apabila kita bergelut untuk menubuhkan gereja-gereja tempatan tetapi tiada sebarang pertubuhan mengenainya, bangunan gereja dimusnahkan, atau ketika kita berasa risau terhadap orang percaya yang bergelut di tempat yang lain, kita perlu ingat bahawa Yesus masih hidup, secara aktif membolehkan umat-Nya bertabah. Kita adalah sebahagian gereja yang dibina hari ini. Dia bersama kita dan untuk kita. Salibnya kekal.