Month: September 2024

Tempat Kerja Berbentuk Kerajaan Syurga

Suasana di kilang-kilang di England pada zaman Victoria sungguh buruk. Kadar kematian adalah tinggi, dan pekerja sering hidup dalam kemiskinan. Peniaga George Cadbury bertanya, “Bagaimana mungkin kaum buruh dapat menanam cita-cita, sedangkan rumahnya ialah kawasan setinggan?” Oleh itu dia membina sebuah kilang baru untuk mengembangkan perniagaan coklatnya, yang juga memberi manfaat kepada para pekerjanya.

Amalan Mengingat Semula

Pernahkah anda berada dalam situasi yang anda sedang bercerita dan tiba-tiba terhenti, tersekat pada butiran seperti nama atau tarikh yang tidak dapat diingat kembali. Selalunya kita akan menyalahkan usia, mengakui bahawa ingatan akan pudar ditelan masa. Tapi kajian baru-baru ini tidak lagi menyokong pandangan tersebut. Mereka menunjukkan bahawa ingatan kita bukan masalahnya; ia adalah keupayaan kita untuk mengingat semula kenangan tersebut. Tanpa latihan yang kerap, ingatan kita semakin susah untuk diakses.

Warna-Warna Harapan

Pada 11 September 2023, iaitu ulang tahun kedua puluh dua serangan ke atas Amerika Syarikat, fenomena pelangi berganda yang menakjubkan telah menghiasi langit Bandar Raya New York. Sebagai tuan rumah bagi bekas Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia, bandar ini mengalami kerosakan paling banyak semasa serangan. Lebih daripada dua dekad kemudian, dua pelangi yang muncul bersama ini membawa harapan dan penyembuhan kepada sesiapa pun yang menyaksikannya. Sebuah klip video yang memaparkan saat tersebut menangkap pelangi yang muncul itu seperti terpancar dari tapak Pusat Dagangan Dunia itu sendiri.

Keturunan Rohani

Apabila Jay Speights dari Rockville, Maryland, mengambil ujian DNA, tiada apa yang dapat mempersiapkannya untuk keputusan yang akan diterimanya. Keputusan makmal mengandungi kejutan yang besar—rupanya dia ialah putera negara Afrika Barat Benin! Tidak lama kemudian dia menaiki pesawat dan melawat negara tersebut. Apabila dia tiba di sana, keluarga diraja menyambut dan mengadakan perayaan pada majlis kepulangannya, siap dengan menari, menyanyi, sepanduk dan perarakan.

Kekal dalam Yesus

Satu kebakaran yang berlaku telah memusnahkan Gereja Baptis Balsora sepenuhnya. Ketika pasukan kecemasan dan ahli komuniti berkumpul selepas kebakaran reda, mereka terkejut melihat salib yang hangus berdiri tegak antara asap dan abu di udara. Seorang anggota bomba menyatakan bahawa api “membakar struktur bangunan tetapi tidak membakar salib. [Ini merupakan peringatan] bahawa bangunan itu, hanyalah sebuah bangunan. Namun gereja terdiri daripada jemaah.”