Semasa berjalan pagi, saya perasan bahawa sebuah kenderaan berhenti di jalan menuju arah yang salah. Pemandu itu tidak menyedari bahaya yang dibawa terhadap dirinya sendiri dan orang lain kerana dia tertidur dan kelihatan berada di bawah pengaruh alkohol. Keadaan masa itu sungguh berbahaya, jadi saya terpaksa bertindak. Selepas membangunkan dia dan memindahkannya ke bahagian penumpang kereta, saya mengambil alih tempat duduk pemandu, dan membawa pemandu itu ke tempat yang selamat.
Bahaya fizikal bukan satu-satunya bahaya yang kita hadapi. Apabila Paulus melihat orang-orang terpelajar yang bijak di Atena dalam bahaya rohani kerana “kota itu penuh dengan berhala,” dia “berasa amat sedih” (Kisah Para Rasul 17:16). Bagi orang yang mendukung pelbagai teori tetapi tidak mahu mengakui Kristus, Paulus amat ingin berkongsi kepada mereka tentang tujuan dan kehendak Tuhan melalui Yesus (ayat 18, 30-31). Kemudian beberapa orang menjadi pengikut Kristus selepas mendengar perkhabaran Paulus (ayat 34).
Mencari tujuan hidup manusia yang utama di luar Kristus adalah berbahaya. Mereka yang telah mendapat pengampunan dan kepuasan sejati dalam Yesus telah diselamatkan daripada jalan hidup yang buntu dan diberi pendamaian (rujuk 2 Korintus 5:18-21). Kongsilah berita baik Yesus dengan mereka yang hidup dalam keadaan “mabuk”, cara yang masih digunakan oleh Tuhan untuk menyelamatkan orang daripada bahaya.