Pada tahun 1968, Amerika Syarikat terlibat dalam peperangan dengan Vietnam. Keganasan kaum tercetus di bandar-bandar dan dua orang tokoh masyarakat terbunuh. Setahun sebelumnya, kebakaran telah meragut nyawa tiga orang angkasawan di tapak pelancaran, dan idea untuk pergi ke bulan kelihatan seperti angan-angan. Namun begitu, Apollo 8 berjaya dilancarkan beberapa hari sebelum Krismas.

Apollo 8 menjadi misi pertama yang dikendalikan oleh manusia untuk mengorbit bulan. Krew angkasa lepas, iaitu Borman, Anders dan Lovell—semua orang Kristian—berkongsi gambar bumi dan membacakan mesej Malam Krismas ini: “Pada mulanya Tuhan menciptakan langit dan bumi” (Kejadian 1:1). Pada masa itu, acara televisyen paling banyak ditonton di dunia, dan berjuta-juta orang berkongsi pandangan Tuhan terhadap bumi dalam foto yang kini dianggap ikonik. Frank Borman menghabiskan bacaan dengan ayat ini: “Allah melihat semua itu baik” (ayat 10).

Kadangkala sukar bagi kita untuk melihat diri kita sendiri dengan positif, ini kerana apabila kita berada dalam kesusahan, sukar untuk menemukan apa-apa kebaikan dalam diri kita. Akan tetapi, kita patut kembali kepada kisah penciptaan dan melihat pandangan Tuhan terhadap kita: “Menurut gambaran Allah, Dia mencipta mereka, lelaki dan perempuan” (ayat 27). Marilah kita juga melihat pandangan Tuhan yang lain: “Allah begitu mengasihi dunia” (Yohanes 3:16). Pada hari ini, ingatlah bahawa Tuhan telah menciptakan kita, melihat kebaikan kita walaupun kita berdosa, dan mengasihi anda dan saya yang diciptakan-Nya.