Secara purata, setiap orang akan memeriksa telefon bimbitnya sebanyak 150 kali sehari. Mari fikirkannya sejenak. Walaupun ada sesuatu yang menarik perhatian kita, tidak semestinya ia bermanfaat bagi kita. Tristan Harris percaya sedemikian. Dia adalah salah seorang yang menyumbang pemerhatiannya dalam filem yang menampilkan beberapa nama besar dalam bidang teknologi, iaitu orang yang memperkenalkan kita kepada “media sosial.” Filem ini tidak bertujuan untuk menyanjung nama mereka, sebaliknya mereka ingin memberi kita amaran, mendedahkan realiti kita (dan tajuk filem ini), The Social Dilemma.” Kita ialah produk. Perhatian kita ialah produk yang dijual kepada pengiklan.” Kita memberi perhatian kepada perkara yang kita percaya bernilai atau berharga. Dan dalam erti kata yang sangat jelas, apa yang kita berikan perhatian itu, kita mungkin tanpa sedar sedang menyembahnya.

Perkataan dilema menunjukkan situasi tentang pilihan yang perlu dibuat. Percaya atau tidak, kita menghadapi dilema sedemikian dalam kehidupan rohani kita, iaitu pilihan yang perlu kita buat setiap hari: Siapakah atau apakah yang akan saya berikan perhatian? Dengan kata lain, Siapakah atau apakah yang akan saya sembah? Pemazmur dengan jelas membuat pilihannya: “Setiap hari aku akan memuji-Mu, aku akan menyanjung nama-Mu selama-lamanya” (Mazmur 145:2). Ayat berikut memberikan alasannya: “Besar TUHAN dan besar pujian untuk-Nya; dan kebesaran-Nya tidak dapat diselami” (ayat 3).

Pemazmur percaya tiada apa pun yang setanding dengan kebesaran Tuhan, maka dia menumpukan perhatiannya kepada Tuhan. Hanya Tuhan dan Dia sahaja yang patut kita puji.