Ada beberapa kisah legenda berkisar tentang penamaan bunga lima kelopak yang indah, bunga yang juga dikenali sebagai bunga “jangan lupakan aku” (forget-me-not). Antara kisah itu ialah dipetik daripada salah satu legenda Jerman. Menurut cerita, ketika Tuhan menamakan semua tumbuhan yang dicipta-Nya, sekuntum bunga kecil bimbang ia akan diabaikan. Jadi bunga itu berseru, “Jangan Lupakan Aku, Ya Tuhan.” Dan itulah nama yang diberikan Tuhan kepadanya.
Walaupun ini hanyalah cerita, bunga bernama “jangan lupakan aku” (forget-me-not) itu telah menjadi simbol cinta dan kenangan. Namun setiap kita juga pernah mengalami rasanya jika dilupakan. Untuk diingati—terutama untuk sentiasa diingati oleh Tuhan kita—adalah keinginan hati kita yang sebenar. Kita menemukan kisah sedemikian dalam kisah penyaliban Yesus. Lukas memberitahu kita, “Ada dua orang lain, iaitu kedua-duanya penjahat, yang akan dibunuh bersama Yesus” (23:32). Semasa mereka disalib, seorang penjahat di sebelah Kristus tiba-tiba faham. Dia berkata, “Ya Yesus, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu” (ayat 42). Jawapan Kristus tidak dapat dilupakan: “Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus” (ayat 43).
Alangkah indahnya! Dalam masa paling gelapnya, penjahat itu belajar apa yang dimaksudkan untuk diingati oleh Yesus.
Kita juga diingati pada saat-saat kita memerlukan. Tuhan yang sangat mengasihi kita sehingga sanggup mati untuk kita, tidak akan melupakan kita.