Setiap musim luruh, mereka yang memandu di sepanjang Lebuhraya 18 di Oregon barat akan disambut dengan kejutan yang menggembirakan dari lereng bukit yang ditutupi pokok-pokok di tepi jalan: satu wajah senyuman yang besar. Wajah ceria itu hanya kelihatan pada musim luruh apabila daun pokok Larch bertukar menjadi kuning, sehingga mewujudkan bentuk yang ketara berbeza dengan kelilingnya, dan pokok Douglas fir yang berwarna hijau gelap (yang membentuk mata dan mulut). Sebuah syarikat pembalakan menanam wajah yang berdiameter 91 meter itu pada tahun 2011 sebagai sebahagian usaha untuk menggantikan kayu balak yang telah ditebang oleh mereka.
Yesaya mengajak kita untuk mengenal Tuhan yang membawa kehidupan ke tempat-tempat terbiar. Dia mengingatkan orang Israel ketika mereka ketandusan dalam pembuangan, Tuhan yang “[membuat] sungai-sungai mengalir,” boleh “membuat gurun menjadi kolam air,” dan menanam “pohon araz dan akasia” di tanah tandus (Yesaya 41:18-19). Tuhan melakukan semua ini bukan semata-mata menurut kesukaan-Nya (dan kita); Dia menumbuhkan pokok sanubar, pokok damar laut dan pokok pinus “supaya orang dapat melihat dan mengetahui” (ayat 20) bahawa Dialah Pencipta segalanya dan akan memulihkan semuanya—meskipun tempat tersebut dianggap sebagai “tanah tandus” (ayat 19).
Walaupun kita mungkin tidak terlihat wajah yang tersenyum kepada kita dari lereng bukit, segala ciptaan boleh mengingatkan kita tentang kuasa penebusan Tuhan atas dunia ini dan keadaan kita sendiri—walaupun kita mungkin berada dalam kebimbangan (atau ketakutan). Marilah kita mencari wajah-Nya sebagai sumber pengharapan dan sukacita di tengah-tengah kesusahan kita.
dan karya penebusan-Mu di dunia ini.
