“Tidur taktikal” ialah satu set panduan untuk askar mendapatkan tidur yang berkesan selama sepuluh hingga tiga puluh minit. Apabila mengalami lonjakan adrenalin, kesunyian, atau kebimbangan, askar yang kekurangan tidur mungkin sukar untuk berehat. Petuanya termasuk menggunakan penyumbat telinga dan membaca sebelum tidur. Mereka juga diberikan gula-gula getah berkafein gred tentera untuk mengurangkan rasa pening selepas bangun.

Pada saat kita sangat memerlukan rehat, selalunya masa itulah sukar untuk mendapatkannya. Raja Daud mengalaminya selepas melarikan diri ke padang gurun untuk melepaskan diri daripada pengkhianatan anaknya, Absalom. Daud dan para pengikutnya menyelubungi kepala masing-masing dan berjalan mendaki sambil menangis (2 Samuel 15:30-31). Malah, “seluruh penduduk negeri menangis dengan suara nyaring” (ayat 23). Pada waktu itulah Daud berseru, “Ya TUHAN, betapa ramainya musuhku!” (Mazmur 3:1). Mungkin teringat malam-malam sukar yang lalu, Daud teruskan, “Aku baring dan tidur; aku terjaga semula, kerana TUHAN memeliharaku. Aku tidak akan takut” (ayat 5-6). Daud menyedari bahawa Tuhan, bukan Absalom, yang menguasai keadaannya. Bahkan, Daud mengembalikan tabut Allah ke Yerusalem, mengakui bahawa masa depannya bergantung sepenuhnya di tangan Tuhan (2 Samuel 15:25-26). A

pabila kita berhadapan dengan kesusahan pada siang hari, sukar untuk kita tidur pada waktu malam, tetapi ia satu peringatan baik bahawa betapa banyak perkara adalah di luar kawalan kita. Namun, Tuhan menopang kita dan apabila kita mempercayai-Nya, Dia menolong kita tidur dengan aman.