Kemuliaan dan Keagungan Tuhan
Lukisan pada siling Banqueting House di London sangat menakjubkan. Karya agung ini merupakan rekaan Sir Peter Paul Rubens antara tahun 1629 dan 1634, atas arahan Raja Charles I untuk menyanjung kejayaan dan kuasa keluarganya. Dalam salah satu lukisan, dewi Minerva meraikan pencapaian ayah Charles, Raja James I. Dalam lukisan lain, James dibawa ke syurga atas sayap helang. Apabila menatap ke atas siling, para tetamu jamuan mendapat mesej yang jelas: Raja seperti Charles dan ayahannya ingin dianggap sebagai dewa.

Saling Memberi dengan Murah Hati
Ketika Melanie mula mengalami sakit kepala yang kerap, beberapa doktor mendapati dia mempunyai tumor yang tidak berbahaya di kelenjar pituitari. Tumor itu bersaiz kira-kira sebesar buah plum dan dibuang melalui pembedahan pada tahun 2003 dan sekali lagi pada tahun 2006 apabila tumor itu datang kembali. Kemudian pada tahun 2017, apabila ia kembali untuk kali ketiga, Melanie menjalani rawatan radiasi yang menyebabkan dia kehilangan rambut. Matt, anak lelakinya yang berumur dua puluh tujuh tahun, memutuskan untuk memanjangkan rambutnya sendiri supaya dapat membuat rambut palsu untuk ibunya.

Mengingati Siapa Diri Kita
Seorang pekerja restoran menemui seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di sebelah sebuah tong sampah. Dia mengalami selaran matahari, digigit semut, dan menunjukkan tanda-tanda trauma akibat hentakan. Dia kehilangan ingatan tentang siapa dirinya. Lelaki itu, yang kemudian menamakan dirinya “Benjamin Kyle,” hidup dalam keadaan terawang-awang lebih daripada sedekad. Dia tidak dapat bekerja, menerima bantuan kerajaan, bahkan menuntut kembali masa lalunya. Pemulihannya bermula apabila sebuah komuniti yang tidak dikenali membantunya menemui semula identitinya melalui satu ujian genetik dan siasatan. “Akhiranya, saya mempunyai sejarah,” katanya. “Saya bukan sekadar orang asing yang muncul begitu sahaja.”

Pandan dan Padang rumput
Saya sedang menidurkan cucu lelaki saya semasa dia menginap di rumah kami. Apabila penanda Alkitabnya terbuka pada Mazmur 23, dia membantah, “Kan kami sudah baca bagian ni.” Selepas saya mencadangkan bahawa kami mungkin dapat belajar sesuatu yang baharu, dia pun membaca dengan kuat, “TUHAN ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun. Dia membuat aku berbaring di pandan rumput yang hijau.” Pandan?! Saya menjelaskan bahawa perkataan itu ialah padang, bukan pandan. Saya faham sebab dia menyebut perkataan ini kerana beberapa jam sebelumnya, saya telah membawa dia pergi ke sebuah kedai roti dan kami telah menikmati kek pandan yang enak. Tafsirannya amat jelas: Bagi dia, kedai roti tersebut menggambarkan tempat untuk berehat dan berseronok.

Berseru kepada Tuhan
Suatu ketika Adrián Simancas sedang berkayak di Selat Magellan di Chile bersama bapanya. Tiba-tiba, pemuda berusia dua puluh empat tahun itu tenggelam di dalam mulut seekor ikan paus kelasa. “Waktu itu saya sangka saya sudah mati,” kata Adrián semasa ditemu bual di sebuah stesen berita. Selepas beberapa saat, paus itu memuntahkan Adrián ke dalam air yang sejuk. Jaket keselamatannya membolehkan dia terapung di permukaan air, dan bapanya membantunya sampai ke tempat yang selamat.