Month: Ogos 2026

Pertolongan yang disediakan oleh Tuhan

Pada suatu malam yang gelap tanpa cahaya bulan di Selat Santa Barbara, di pesisir pantai California, seorang nelayan komersial bernama Scott Thompson terjatuh dari botnya. Dia tidak tahu sama ada dia akan terselamat. Dia berenang sekuat tenaga mengejar botnya, tetapi enjin masih hidup dan dia tidak mampu mencapainya. Akhirnya dia berenang ke arah sebuah pelantar minyak yang jauh, dalam kegelapan malam. Ketika harapannya mula pudar, Thompson terdengar bunyi percikan dari air sejuk yang berhampiran dirinya. Seekor anjing laut pelabuhan berenang bersamanya untuk sementara waktu, seolah-olah menolaknya ke arah pelantar tersebut. Lima jam kemudian, Thompson berjaya menamatkan renangan yang panjang itu dan menggambarkan anjing laut tersebut bagaikan “seorang malaikat” yang dihantar untuk menolongnya.

Menantikan TUHAN

Kazuto dan isterinya, Migiwa, sedang menunggu keputusan pemeriksaan ultrabunyi dengan perasaan cemas. Hati Migiwa telah mengalami kegagalan fungsi selama lebih daripada sembilan bulan, dan dia amat memerlukan pemindahan hati dengan segera. Kazuto boleh mendermakan sebahagian hatinya kepada isterinya, tetapi ada satu syarat: jantung Migiwa mestilah sihat dan kuat. Keputusan ultrabunyi sebelum itu menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada jantungnya. Adakah kali ini mereka akan mendengar berita yang lebih baik lagi?

Hidup dalam Keikhlasan

Seorang pemandu Uber bernama Esbon Kamau mengambil seorang penumpang berumur enam belas tahun yang dalam perjalanan untuk membeli sebuah motosikal—hadiah daripada ayahnya. Setelah Kamau menurunkan penumpang itu, dia menyedari bahawa remaja itu tertinggal sebuah beg di kerusi belakang. Beg itu mengandungi $8,000—wang tunai yang diperlukan untuk membeli motosikal itu. Kamau segera menghubungi Uber untuk mencari penumpang itu. Tidak lama kemudian, Kamau berjaya memulangkan semula wang itu kepada remaja yang sangat bersyukur dan lega. “Lakukan perkara yang betul pada masa yang tepat,” kata Kamau, “dan jangan biarkan sifat ego menguasai diri kamu.”

Tempat yang Lebih Baik

Michele merasakan pelbagai emosi ketika ayahnya menjelang akhir hidupnya. Dia berasa sangat sedih ketika ayahnya berkata, “Sayang, ayah tak akan ada untuk mengiringimu ke pelamin.” Tetapi Michele meyakinkan ayahnya bahawa dia menyayanginya, sambil berpegang pada pengharapan yang ditemuinya dalam Ibrani 11 ketika dia berkata, “Ayah sedang menuju ke tempat yang lebih baik, iaitu di syurga.” Michele percaya bahawa apabila ayahnya meninggal dunia, dia akan bersama Tuhan selamalamanya. Michele merenung, “Syurga memang tempat yang baik!”