Month: Oktober 2026

Tiada Topeng, Hanya Yesus

Pada zaman Yunani kuno, pelakon di atas pentas akan menggambarkan emosi watak mereka dengan memakai topeng yang melambangkan tragedi atau komedi. Topeng juga membolehkan seorang pelakon memainkan pelbagai peranan dalam satu persembahan. Namun, topeng itu tidak kekal dan tidak mewakili diri sebenar. Setelah persembahan berakhir, topeng tersebut akan ditanggalkan.

Teruskan Bersama Tuhan

Hujan turun membuat suhu udara semakin dingin. Kami telah mendaki selama beberapa hari di pergunungan Nepal, dan meninggalkan penginapan yang hangat untuk melangkah ke dalam cuaca yang membeku terasa semakin sukar setiap pagi. “Jom,” desak pemandu pelancong kami. “Kita tidak boleh menunggu cuaca menjadi lebih baik. Jangan risau, saya akan bersama kamu semua.”

Harapan seorang Wira

Dalam sebuah filem tentang seorang wira yang bertindak sebagai vigilante (atau main hakim sendiri) untuk mencegah jenayah, watak utama itu seolah-olah sedang melawan peperangan yang mustahil untuk dimenangi. Bandar tempat tinggalnya dipenuhi oleh keganasan dan kecurian. Selain itu, dia juga mendapati bahawa pihak polis, sistem mahkamah, dan pegawai kerajaan semuanya suka menerima rasuah. Berkali-kali dia tergoda untuk berputus asa dan meninggalkan bandar itu. Tetapi akhirnya dia sedar bahawa apa yang paling diperlukan oleh orang ramai ialah harapan. Jadi dia memilih untuk terus tinggal di situ dan terus berjuang.

Kerana Tuhan!

Tiana yang berumur enam tahun itu sedang berada di gereja untuk konsert muzik Hari Bapa. Dia menggenggam tangannya, berdoa sambil memerhatikan orang ramai. Sesekali dia mengerling ke arah pintu gereja. Rakan-rakannya melambai-lambai ke arah bapa mereka atau orang tua-tua yang lain, lambaian mereka juga dibalas oleh bapa mereka masing-masing. Namun pada awalnya, tiada sesiapa yang datang atau melambai kepada Tiana. Gurunya mengajak dia ikut serta menyanyi dalam kumpulan koir, tetapi dia tidak mahu berganjak dari tempat duduknya. Tiba-tiba, ayahnya bergegas masuk melalui pintu. Apabila ayahnya melambai kepada Tiana sambil mencari tempat duduk, Tiana tersenyum dan terus menangis, lalu ikut naik ke pentas.