Pada zaman Yunani kuno, pelakon di atas pentas akan menggambarkan emosi watak mereka dengan memakai topeng yang melambangkan tragedi atau komedi. Topeng juga membolehkan seorang pelakon memainkan pelbagai peranan dalam satu persembahan. Namun, topeng itu tidak kekal dan tidak mewakili diri sebenar. Setelah persembahan berakhir, topeng tersebut akan ditanggalkan.
Dalam Kolose 3:10, rasul Paulus menulis kepada orang yang percaya kepada Yesus agar “mengenakan diri yang baru, yang terus-menerus diperbaharu dengan pengetahuan menurut rupa Allah yang menjadikannya.” Ini bukan sekadar seperti topeng sementara untuk dipertontonkan, tetapi satu kehidupan baharu yang kekal dan nyata setiap hari. Rasul Paulus juga menggesa kita “menanggalkan manusia lama” (Efesus 4:22, TB), iaitu cara hidup berdosa sebelum kita menerima penyelamatan Kristus.
Menanggalkan tabiat lama dan mengenakan hidup yang baharu tidak berlaku secara automatik. Paulus menekankan bahawa kita perlu “diperbaharu dalam roh pemikiran [kita]” (ayat 23). Perubahan ini bermula dengan cara kita berfikir—menyedari bahawa sebagai orang percaya, kita “dicipta menurut teladan Allah dalam perbenaran dan kesucian sejati” (ayat 24).
Para pelakon di Yunani kuno dibayar untuk memakai topeng. Namun hari ini, dengan kasih kurnia Tuhan, marilah kita memakai gambaran sebenar Yesus supaya dunia dapat melihat melalui kehidupan kita bahawa Yesus benar-benar hadir dan bekerja dalam hati kita.
“mengenakan” imej Yesus setiap hari?
ILHAM
Memandangkan apa yang telah dilakukan Tuhan melalui Yesus dengan memilih, menebus, dan menetapkan orang yang percaya kepada-Nya untuk menjadi anak-anak-Nya (Efesus 1:13-14), Paulus menasihati orang percaya supaya “hiduplah berpadanan dengan panggilan-[Nya]” (ayat 4:1). Kita “janganlah lagi” menjalani kehidupan masa lalu kita yang tidak salih (ayat 17), kerana kita telah diberikan hidup baru (ayat 22-24). Seperti tertulis dalam 2 Korintus 5:17, “Sesiapa yang ada dalam Kristus adalah ciptaan baru. Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru”. Sifat kita yang baru telah “dicipta menurut teladan Allah”—dalam kebenaran dan kesucian sejati (Efesus 4:24). Kita harus “matikanlah [dalam diri kita] … segala yang bersifat dunia; perbuatan cabul, kecemaran, hawa nafsu, keinginan jahat, dan tamak haloba” (Kolose 3:5), serta menyingkirkan “marah, geram, niat jahat, menghina Allah, mengeluarkan kata-kata kotor dari mulut [kita]” (ayat 8). Apabila kita “bersifat belas kasih, baik budi, rendah hati, lemah lembut dan sabar” (ayat 12), Tuhan akan menolong kita menjalani kehidupan yang sejati dan mencerminkan Kristus di hadapan orang lain.
