Selama bertahun-tahun, harapan telah menjadi salah satu perkataan yang paling banyak dicari di internet. Secara mengejut, kadar pencarian perkataan ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan isu krisis politik dan cara untuk menjana pendapatan dalam talian. Ini menunjukkan bahawa orang ramai sedang mencari makna yang lebih mendalam. Tahun-tahun kebelakangan ini tidak banyak membawa rasa optimis; sebaliknya ia terasa seperti krisis yang berpanjangan dan perlahan. Kebimbangan tentang alam sekitar, ketidakstabilan ekonomi, tekanan yang berpunca daripada dunia digital sering menjadi tajuk utama dalam berita dan mempengaruhi emosi manusia. Namun di tengah-tengah semua cabaran ini, berjuta-juta orang masih menaip perkataan harapan di Internet, seolah-olah mereka sedang mencari sesuatu yang boleh menyelamatkan mereka daripada kekacauan hidup.
Paulus memahami bahawa Tuhan ialah Peribadi yang melangkaui segala kekacauan dunia. Apabila dia menulis tentang “Allah, sumber harapan” (Roma 15:13), dia mahu orang Rom yang percaya kepada Yesus memahami bahawa Tuhan ialah sumber dan tujuan harapan mereka. Paulus mengingatkan kita bahawa harapan sejati bukan sekadar angan-angan atau optimisme (sikap atau pandangan yang positif) sementara; sebaliknya, ia bergantung pada sifat dan kesetiaan Tuhan. Dialah yang menanamkan keyakinan dalam diri kita melalui janji-janji-Nya. Dia juga memberikan “kesabaran dan galakan” (ayat 5) melalui kuasa Roh Kudus. Harapan ini tetap teguh dalam apa jua keadaan, memenuhi kita dengan kegembiraan dan kedamaian apabila kita menyedari bahawa Tuhan telah menerima kita dalam Kristus (ayat 7).
Jika anda sedang mencari harapan, arahkanlah hati anda kepada Tuhan. Apabila anda mempercayai janji-janji-Nya dan bersandar pada kesetiaan-Nya, anda akan memiliki harapan abadi yang hanya terdapat dalam Dia.
harapan dan sukacita-Mu.
ILHAM
Dalam Roma 15, Paulus mengatakan bahawa asas kesatuan orang yang percaya kepada Yesus ialah memiliki “perpaduan yang sama terhadap satu sama lain, menurut Kristus Yesus” (ayat 5-6). Kita mengalami kesatuan apabila kita mencontohi kasih Kristus yang rela memberikan diri-Nya, bukan kerana kita mempunyai kepercayaan, latar belakang, atau pilihan yang sama. Kesatuan ini membawa kita untuk bersama-sama menyembah Tuhan supaya “Dengan demikian dapatlah kamu dengan sebulat hati dan suara memuliakan Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus” (ayat 6). Hakikatnya, kesatuan adalah satu bentuk penyembahan: “Terimalah satu sama lain … demi kemuliaan Allah” (ayat 7).
Surat Roma menekankan khususnya kesatuan antara orang Yahudi dan orang bukan Yahudi. Rasul Paulus menegaskan bahawa apabila orang Yahudi dan orang bukan Yahudi menyembah Tuhan bersama-sama, hal itu menggenapi janji-janji Tuhan (ayat 8-12). Pada hari ini, kita juga boleh menyertai orang percaya yang lain dan menyembah “Allah, sumber harapan” yang memenuhi kita “dengan kegembiraan dan kesejahteraan” (ayat 13).
