Month: Oktober 2026

Engkau Lakukannya Kepadaku

Pada bulan September 1963, seniman Wales Jon Petts terdengar berita tentang pengeboman bermotifkan perkauman di Gereja Baptist 16th Street Birmingham, Alabama, yang telah membunuh tiga orang gadis Afrika Amerika. Untuk membantu, dia menawarkan diri untuk menggantikan tingkap kaca berwarna yang pecah di gereja. Penduduk Wales segera mengumpulkan dana untuk projek itu.

Pengajaran di Sebalik Reruntuhan

“Kamu perlu berhati-hati dengan ular, serangga, jaguar, dan segala-galanya,” kata ahli arkeologi Ivan Šprajc. Dengan gergaji rantai dan parang, dia serta pasukannya menebas hutan tebal untuk cuba sampai ke bandar Ocumtún yang sudah lama hilang. Kota purba itu lenyap bersama tamadun Mayan di Semenanjung Yucatán, Mexico, dan tiada siapa tahu mengapa.

Penjala Domba

Ini adalah salah satu video yang sukar dipercayai dan cenderung membuat anda ingin menontonnya berulang kali. Video tersebut adalah mengenai sekumpulan nelayan di Yaman tergesa-gesa untuk menyelamatkan ratusan ekor domba dari Laut Merah. Sebuah kapal yang membawa ribuan ekor domba itu terbalik ketika sedang belayar ke Djibouti sehingga terkandas di luar pantai Ras Al-Ara, Yaman, akibatnya lebih daripada 160 ekor domba lemas. Namun begitu, masih ada banyak domba yang berjaya diselamatkan sebab usaha bersama daripada sekumpulan nelayan, yang pada ketika itu boleh dikatakan sedang “memancing” domba dari laut.

Belas Kasihan Tuhan

Saya tidak menyukai Sadie. Rakan sekerja saya itu sering bersikap kasar terhadap saya, jadi saya cuba mengelakkannya. Oleh itu, apabila dia mendengar tentang pertemuan penginjilan di gereja saya dan bertanya sama ada dia boleh ikut bersama, saya tidak begitu ambil peduli. “Tengoklah nanti,” saya menggumam.

Bersedia untuk Kedatangan Kristus Kembali

Pada penghujung musim luruh, saya dan isteri merancang untuk makan angin. Sehari sebelum kami bertolak, salji mula turun, dan saya tiba-tiba menyedari bahawa saya belum membawa kereta ke kedai tayar untuk memasang tayar salji. Keadaan salji yang semakin buruk menyebabkan barisan kereta yang panjang di kedai tayar―sesuatu yang sebenarnya saya boleh elakkan dengan perancangan yang lebih baik.