Terus Bertahan
Baru-baru ini bapa mentua saya telah mencapai usia 78 tahun. Semasa keluarga kami berkumpul untuk memberi penghormatan kepadanya, seseorang bertanya kepada dia, “Apakah perkara paling penting yang anda telah pelajari dalam hidup anda setakat ini?” Jawapannya? “Terus bertahan.”
Apabila Kita Tahu Siapa Menang
Penyelia saya ialah seorang peminat pasukan bola keranjang bagi sebuah universiti. Tahun ini, pasukan ini memenangi kejohanan kebangsaan, jadi rakan kerja yang lain menghantar ucapan tahniah kepadanya. Masalahnya, dia belum berpeluang untuk menonton perlawanan akhir! Menurutnya, dia berasa kecewa kerana mengetahui keputusannya terlebih dahulu. Tetapi dia mengakui, sekurang-kurangnya apabila dia menonton perlawanan itu, dia tidak berasa gemuruh ketika markah kedua-dua pasukan hampir berdekatan pada penghujung perlawanan. Dia sudah tahu siapa yang menang!
Kerinduan Anjing Bulldog
Hampir setiap pagi musim panas, satu drama yang menyeronokkan akan dapat dilihat di taman belakang rumah kami. Ini melibatkan perenjis air dan seekor anjing bulldog. Pada sekitar jam 6.30 pagi, perenjis air akan terpasang. Tidak lama kemudian, seekor anjing bulldog, Fifi (nama panggilan yang diberikan oleh keluarga kami) akan datang.
Tidak Lagi Melarikan Diri
Pada 18 Julai 1983, seorang kapten tentera udara Amerika Syarikat telah hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan dari Albuquerque, New Mexico. 35 tahun kemudian, pihak berkuasa menemukannya di California. Akhbar The New York Times melaporkan bahawa, “Oleh sebab dia tertekan oleh kerja”, lalu dia melarikan diri.
Penyelamat yang Mengenali Kita
“Ayah, pukul berapa sekarang?” Anak saya bertanya dari tempat duduk belakang. “Ia sudah 5:30.” Seterusnya saya tahu apa yang akan dikatakannya. “Tidak, ia adalah 5:28!” Saya nampak mukanya berseri-seri. Aku main-main sahaja! Dia berkata dengan senyuman yang melebar. Saya berasa gembira juga—perasaan yang hanya datang daripada ibu bapa yang mengenal anaknya.
Objek Di Dalam Cermin
“Kita mesti pergi lebih cepat.” Itulah apa Dr. Ian Malcolm, yang dilakonkan oleh Jeff Goldblum, berkata dalam adegan ikonik daripada filem Jurassic Park pada tahun 1993, ketika dia dan dua watak lain melarikan diri dalam kereta jip daripada seekor tyrannosaurus yang mengamuk. Apabila pemandu melihat pada cermin pandang belakang, dia melihat rahang reptilia yang meradang itu—kata-kata ini di bahagian atas cermin pandang belakang: “OBJEK DALAM CERMIN MUNGKIN LEBIH DEKAT DARIPADA APA YANG ANDA LIHAT.”
Menara Gereja yang Senget
Menara gereja yang senget membuatkan orang berasa gementar. Ketika kami melawat beberapa orang rakan, mereka berkongsi tentang menara gereja mereka menjadi senget selepas berlakunya tiupan angin ribut yang kuat. Hal itu menyebabkan orang selalu berwaspada.
Perlukan Hati yang Baru?
Berita itu tidak baik. Bapa saya telah mengalami sakit dada, oleh itu doktor telah mengatur pemeriksaan untuk jantungnya. Keputusan pemeriksaan menunjukkan bahawa terdapat tiga bahagian arterinya telah tersumbat.
Lencongan Di Hadapan
Ah biar betul! Saya sudah pun lambat. Tetapi papan tanda di hadapan yang bertulis “Lencongan Di Hadapan” pula mengarahkan saya supaya mengubah laluan saya. Trafik semakin perlahan.