Penulis

Lihat semua
Alyson Kieda

Alyson Kieda

Alyson Kieda merupakan editor bagi Our Daily Bread Ministries lebih daripada 10 tahun dan berpengalaman sebagai editor selama 35 tahun. Alyson suka mengarang sejak dia seorang kanak-kanak dan berasa seronok untuk menulis bagi Our Daily Bread. Dia mempunyai tiga orang anak yang sudah dewasa dan cucu-cucu yang semakin bertambah. Alyson suka membaca, bersiar-siar di hutan dan menemani keluarganya. Dia berasa bahagia kerana dia dapat mengikut jejak ibunya yang telah menulis banyak artikel untuk bahan renungan lain bertahun-tahun yang lalu.

Artikel oleh Alyson Kieda

Berpakaian Elok

Dalam bukunya Wearing God, penulis Lauren Winner berkata bahawa pakaian kita boleh secara senyap memberitahu orang lain tentang siapa diri kita. Apa yang kita pakai mungkin menandakan kerjaya, masyarakat atau identiti, perasaan, atau status sosial. Fikirkan baju-T dengan slogan, baju perniagaan, pakaian seragam, atau jeans dan segala yang mungkin didedahkan tentang kita. Dia menulis, “Idea bahawa orang Kristian boleh menonjolkan Yesus tanpa kata, seperti pakaian—adalah mengagumkan.”

Hati yang Gembira

Lagu kegemaran Moriah, iaitu cucu perempuan saya ialah salah satu lagu perarakan gubahan John Philip Sousa. Sousa yang dikenali sebagai “Raja Perarakan,” ialah seorang komposer Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19. Moriah bukan ahli pancaragam berarak; dia baru berusia 20 bulan. Dia hanya suka nada lagu ini, bahkan boleh bersenandung beberapa not. Dia mengaitkannya dengan waktu gembira. Apabila keluarga kami berjumpa, kami sering bersenandung lagu ini bersama-sama dengan tepukan dan bunyi riuh, dan cucu-cucu saya akan menari atau berarak mengikut rentak itu. Waktu itu sering berakhir dengan kanak-kanak yang pening dan banyak ketawa.

Sungguh Amat Baik!

Kadangkala hari-hari dalam kehidupan kita seakan-akan dibubuhi tema tertentu . Baru-baru ini saya mengalami hari yang sedemikian. Pastor kami memulai khutbahnya dalam Kejadian 1, dengan tayangan gambar-gambar yang mengagumkan selama 2 minit tentang bunga-bunga yang sedang mengembang. Kemudian, apabila sampai di rumah, saya menonton pelbagai gambar tentang bunga di media sosial. Pada petang itu sewaktu berjalan di hutan, kami pula dikelilingi oleh bunga-bunga liar musim bunga—bunga-bunga trillium, marsh marigold dan iris liar.

Masa Bersama

Dalam perjalanan selama 2 jam pulang ke rumah dari majlis perkahwinan seorang ahli keluarga, ibu saya bertanya kepada saya untuk kali ketiga tentang kejadian baru di tempat kerja saya. Sekali lagi saya menjawab pertanyaannya seakan-akan saya memberi jawapan pada kali pertama, sambil memikirkan kata-kata yang perlu digunakan supaya dia dapat mengingat jawapan saya dengan mudah. Ibu saya menghidapi penyakit Alzheimer yang merosakkan ingatannya sedikit demi sedikit. Penyakit ini juga dapat mempengaruhi tingkah laku dan akhirnya melumpuhkan keupayaan seseorang untuk bertutur—bahkan lebih daripada itu.

Cara Mengubati Iri Hati

Saya bersetuju dengan sukacita untuk menjaga cucu-cucu saya sementara ibu bapa mereka keluar pada waktu petang suatu hari. Selepas memberi salam dengan memeluk cucu-cucu lelaki saya, , saya bertanya apa yang telah dilakukan mereka pada hari minggu itu. (Kedua-dua mempunyai pengembaraan yang berbeza). Bridger, berumur 3 tahun, bercerita dengan seronok bahawa dia telah bermalam bersama pak cik dan mak ciknya—dan makan ais krim, menaiki kuda karusel dan menonton wayang! Kemudian saya bertanya kepada Samuel yang berumur 5 tahun apa yang dilakukannya, dia hanya menjawab, “Berkhemah.” “Adakah kamu berasa seronok?” saya bertanya. “Tidak sangat,”jawabnya dengan wajah yang pilu.

Mazmur Perkhemahan

Apabila saya dan suami berjalan-jalan sambil menghayati alam semula jadi, kami akan membawa kamera dan mengambil gambar tumbuhan yang ada di kaki kami dari dekat, seumpama alam kecil di dunia ini. Begitu menakjubkan kepelbagaian dan kecantikan yang kami lihat, termasuk kulat yang tumbuh semalaman menjadikan kayu pokok kelihatan dipenuhi titik-titik berwarna jingga, merah dan kuning yang terang pada kayu pokok!