Apakah yang Lebih Baik?
Eric mendengar tentang kasih Yesus semasa dia berusia awal dua puluhan. Dia mula menghadiri gereja dan bertemu dengan seseorang yang membantu dia bertumbuh dalam pengetahuan tentang Kristus. Tidak lama kemudian, mentor Eric menugaskannya untuk mengajar sekumpulan kecil budak lelaki di gereja. Bertahun-tahun kemudian, Tuhan menaruh beban dalam hati Eric untuk membantu belia yang bermasalah di bandarnya, melawat rumah orang tua, dan menunjukkan keramahan kepada jiran-jirannya—segalanya adalah untuk kemuliaan Tuhan. Kini Eric berusia lewat lima puluhan, dia menjelaskan dia amat bersyukur kerana dia telah diajar sejak awal lagi untuk melayani: “Hati saya amat teruja untuk berkongsi harapan yang saya temui dalam Yesus, Apakah yang lebih baik daripada melayani-Nya?”
Kebebasan di Atas Jalan
Dalam Besbol Bip yang direka khas untuk pemain buta, bola yang berbunyi bip atau batang pemukul yang berdengung akan membantu pemain tahu apa yang perlu dilakukan dan ke mana hendak pergi. Pemukul boleh yang memakai penutup mata (menurut pelbagai tahap kebutaan yang berbeza) dan pelempar yang boleh melihat berada dalam pasukan yang sama. Apabila si pemukul menghayunkan batang pemukul dan memukul bola bip, dia harus berlari ke arah pangkalan yang berdengung. Dia akan terkeluar jika pemadang “membendung” bola sebelum pemukul itu sampai ke pangkalan; jika tidak, dia akan mendapat markah. Seorang pemain berkata bahawa bahagian terbaik ialah dia merasakan “kebebasan besar sewaktu berlari” kerana dia tahu ada laluan dan hala tuju yang jelas.
Siapakah yang Layak Dipuji?
Dari tangga pilin ke bilik tidur mewah, dari lantai kayu keras ke permaidani indah, dari bilik dobi yang besar ke pejabat yang teratur dengan baik, ejen harta tanah menunjukkan sebuah rumah yang berpotensi kepada sepasang suami isteri yang muda. Di setiap sudut yang dikunjungi, mereka tidak henti-henti memuji keindahan rumah tersebut: “Anda telah memilih rumah yang terbaik untuk kami. Rumah ini menakjubkan!” Kemudian ejen tersebut memberikan jawapan yang dianggap agak luar biasa oleh pasangan tersebut tetapi benar. “Saya akan menyampaikan pujian anda kepada pembina rumah ini. Pembina rumah inilah yang layak dipuji; bukannya rumah ini atau orang yang menunjukkannya.”
Mencari Penyembuhan Dalaman
Carson ialah seorang yang selalu sibuk. Dia gemar memburu, memancing, menunggang motosikal lumba (dirt bike) dan bermain papan selaju. Dia suka melakukan semua aktiviti luar. Tetapi dia mengalami satu kemalangan motosikal dan menjadi lumpuh dari bahagian dada hingga ke bahagian bawah anggota tubuhnya. Tidak lama kemudian, dia mengalami kemurungan dan berasa bahawa dia tidak memiliki masa depan. Kemudian pada suatu hari, beberapa orang rakannya membawa dia pergi memburu lagi. Untuk seketika dia lupa akan kecederaannya kerana dia seronok menikmati keindahan di sekelilingnya. Pengalaman ini membawa penyembuhan dalaman dan memberi inspirasi azam baru dalam hidupnya–membantu orang lain yang mempunyai situasi sepertinya boleh mempunyai pengalaman yang sama melalui sebuah organisasi yang bukan berasaskan keuntungan, Hunt 2 Heal. Dia mengatakan kemalangannya adalah satu “rahmat yang terselindung… Sekarang saya gembira kerana dapat berbakti, inilah yang saya selalu teringin lakukan.” Dia teruja untuk menyediakan tempat bagi mereka yang mempunyai ketidakupayaan mobiliti yang serius dan penjaga mereka untuk mencari penyembuhan.
Cabaran untuk Melayani
Walaupun baru berusia 13 tahun, DeAvion menyahut cabaran untuk melayani orang lain. Dia dan ibunya pernah mendengar cerita tentang seorang lelaki yang menyeru budak-budak remaja memotong rumput bagi 50 buah rumah secara percuma semasa cuti musim panas mereka. Fokus mereka adalah membantu bekas askar, ibu tunggal, orang kurang upaya—atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Pengasas (yang telah memotong rumput bagi 50 buah rumah di 50 buah negeri) melancarkan cabaran tersebut untuk mengajar kepentingan etika kerja dan menyumbang kembali kepada masyarakat. Walaupun cuaca panas dan terdapat aktiviti-aktiviti lain yang boleh disertai oleh seorang remaja, DeAvion memilih untuk melayani orang lain dan menyelesaikan cabaran tersebut.
Keseorangan?
Rumah tangga Sue retak di depan matanya. Dengan tiba-tiba suaminya meninggalkan keluarga mereka, lalu Sue bersama anak-anak berasa amat keliru dan marah. Sue memujuk suaminya untuk menghadiri kaunseling perkahwinan dengannya, tetapi suaminya menolak kerana dia mendakwa bahawa segala masalah yang timbul berpunca daripada Sue. Perasaan cemas dan putus asa menguasai Sue apabila dia menyedari bahawa suaminya mungkin tidak akan kembali lagi. Mampukah Sue menjaga diri dan anak-anaknya berseorangan?
Kita ialah Pendatang
Semuanya terasa berbeza secara drastik di negara baharu mereka—bahasa baharu, sekolah, kastam, lalu lintas dan cuaca. Mereka tertanya-tanya bagaimana mereka akan dapat menyesuaikan diri. Orang-orang dari gereja terdekat berkumpul di sekeliling mereka untuk membantu mereka menjalani kehidupan baharu di negeri baharu. Patti membawa pasangan itu membeli-belah di pasar makanan tempatan untuk menunjukkan apa yang ada dan cara membeli barangan. Ketika mereka bersiar-siar di sekitar pasar, mata mereka terbeliak dan mereka tersenyum lebar ketika ternampak buah kegemaran dari tanah air mereka—buah delima. Mereka membeli satu untuk setiap anak mereka bahkan meletakkan satu di tangan Patti dengan rasa bersyukur. Buah-buahan kecil dan rakan-rakan baharu membawa penghiburan besar di tanah baharu mereka yang ganjil.
Tunduk ke Bawah
Seorang ibu muda mengikuti anak perempuannya dari belakang yang sedang mengayuh basikal kecilnya dengan laju. Tiba-tiba budak itu tidak dapat mengawal kelajuan basikalnya lalu terjatuh dan menangis kesakitan kerana buku lalinya cedera. Dengan tenang, ibunya melutut dan tunduk ke bawah lalu mencium buku lalinya untuk “menghalau” rasa sakit. Tindakan si ibu terbukti amat berkesan kerana anaknya terus berdiri, berhenti menangis dan kembali mengayuh basikalnya. Alangkah baiknya kalau segala kesakitan kita dapat dihilangkan dengan mudah!
Iman yang Bertindak
Ribut angin yang kuat telah melanda sebuah komuniti pada suatu petang Jun tahun 2021, memusnahkan bangsal sebuah keluarga. Ini merupakan kerugian yang menyedihkan kerana bangsal itu merupakan harta keluarga itu sejak turun-temurun sejak akhir tahun 1800-an. Pada keesokan pagi, ketika John dan Barb sedang dalam perjalanan ke gereja, mereka melihat kerosakan itu dan memikirkan bagaimana mereka dapat membantu. Oleh itu, mereka berhenti dan mendapati keluarga itu memerlukan bantuan untuk pembersihan. Lalu, dengan cepat mereka menghidupkan enjin kereta dan pulang ke rumah untuk menukar pakaian dan kembali ke tempat kejadian untuk membantu membersihkan kemusnahan akibat angin yang telah mengganas. Mereka meletakkan iman mereka dalam tindakan ketika mereka melayani keluarga ini.