Tuhan Memulihkan
Collin dan isterinya, Jordan sedang mencari hiasan untuk digantung pada dinding rumah mereka. Collin yakin dia telah menemukan sesuatu yang sesuai dan memanggil Jordan untuk melihatnya. Di bahagian kanan karya seni seramik itu tertulis perkataan rahmat. Tetapi di bahagian kirinya ada dua retakan yang panjang. “Benda ini sudah rosak!” kata Jordan sambil mencari seni seramik lain yang masih elok di rak yang sama. Kemudian Collin berkata, “Tidak. Inilah yang terbaik. Hidup kita telah hancur tetapi rahmat datang pada masa yang tepat.” Mereka memutuskan untuk membeli seramik yang retak itu. Ketika mereka sampai di kaunter pembayaran, pekerja di situ berkata, “Oh, ini sudah rosak!” “Ya, begitu juga dengan kita,” bisik Jordan.
SALING MENOLONG
Semasa bermain bola keranjang dengan rakan-rakan perempuannya, Amber menyedari bahawa liga bola keranjang perempuan boleh membawa sumbangan kepada masyarakatnya. Oleh itu, dia menubuhkan Ladies Who Hoop, sebuah organisasi amal yang memupuk semangat berpasukan dan meninggalkan kesan yang baik kepada generasi akan datang. Ketua kumpulan organisasi ini berusaha untuk membina keyakinan dan karakter di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan serta mendorong mereka menjadi penyumbang kepada komuniti mereka. Salah seorang pemain asal yang kini menjadi mentor kepada gadis-gadis lain berkata, “Semangat keakraban terserlah di kalangan kami, dan inilah sesuatu yang aku inginkan sekali. Kami saling menyokong dalam pelbagai aspek. Aku gembira untuk melihat gadis-gadis bertumbuh dan berjaya dalam hidup mereka.”
Tiada Salah Faham
Alexa, Siri dan peralatan pintar yang berfungsi berdasarkan perintah suara di rumah kami kadangkala tidak memahami apa yang kami katakan. Seorang anak yang berusia 6 tahun bercakap kepada peralatan pintar yang baru dibeli itu tentang biskut dan rumah patung. Kemudian ibunya menerima e-mel yang memaklumkan bahawa 3kg biskut dan rumah patung yang berharga RM700 sedang dihantar ke rumah mereka. Bahkan seekor burung kakak tua di London telah memesan sebuah kotak berwarna emas tanpa pengetahuan pemiliknya. Seorang lagi meminta peralatan itu untuk “nyalakan lampu di ruang tamu” dan ia membalas “tidak ada ruang timun.”
Sifat Kasih Sejati
Semasa sekatan pergerakan dilangsungkan kerana pandemik, Jerry terpaksa menutup gimnasiumnya dan tidak mempunyai pendapatan selama beberapa bulan. Suatu hari, Jerry menerima pesanan seorang rakan yang meminta untuk menemui dia di gimnasiumnya pada jam 6 petang. Jerry tidak pasti apa sebabnya tetapi dia tetap pergi. Tidak lama kemudian, kereta-kereta mula memenuhi tempat letak kereta. Pemandu kereta pertama meletakkan sebuah bakul di lorong pejalan kaki berhampiran bangunan itu. Kemudian kereta-kereta lain muncul (mungkin ada 50 buah). Mereka yang berada di dalam kereta melambai-lambai atau melaung-laungkan ‘helo’ kepada Jerry. Kemudian mereka berhenti di depan bakul itu lalu memasukkan kad dorongan atau wang tunai ke dalamnya. Sebahagian mereka menyumbangkan wang dan meluangkan masa untuk menggalakkannya.
Mendengar dan Belajar
Di satu sisi jalan, seorang pemilik rumah mempamerkan belon angin besar yang berbentuk seekor helang botak di halaman belakang rumah, dan mengenakan bendera Amerika Syarikat (AS) pada badannya. Sebuah trak besar terletak di jalan masuk. Tingkap sisi itu terlukisnya sebuah bendera AS dan bampar belakang trak dipenuhi dengan pelekat patriotik. Tepat di seberang jalan di halaman belakang rumah jirannya pula, terdapat papan-papan tanda yang menonjolkan slogan mengenai isu-isu keadilan sosial semasa dalam berita.
Kuasa Tuhan
Doktor memberitahu Rebecca dan Russell bahawa mereka tidak akan beranak. Tetapi Tuhan mempunyai rancangan lain. 10 tahun kemudian, Rebecca mengandung. Pada saat berlakunya kontraksi, pasangan itu bergegas ke hospital. Masa persalinan bertambah lama dan kesakitan semakin kuat, dan badan Rebecca menghadapi masalah untuk melahirkan anak secara normal. Akhirnya, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan kecemasan. Dalam ketakutan, Rebecca menangis untuk bayi dan dirinya. Dengan tenang, doktor memberi keyakinan kepadanya dan berkata, “Saya akan melakukan yang terbaik, tetapi kita berdoa kepada Tuhan kerana Dia dapat melakukan yang lebih lagi.” Dia mengambil masa berdoa dengan Rebecca. 15 minit kemudian, Bruce, bayi lelaki yang sihat dilahirkan.
Idea yang Tidak Popular
Selama 15 tahun Mike Burden mengadakan pertemuan yang penuh kebencian terhadap kaum lain di kedai cenderamatanya di sebuah bandar kecil. Tetapi pada tahun 2012, ketika isterinya mula mempersoalkan penglibatannya, hatinya menjadi lembut. Dia menyedari bahawa pandangannya terhadap perkauman adalah salah dan dia ingin berubah. Keputusannya mengakibatkan kumpulan ekstremis itu membalas dendam terhadapnya dan menghalau keluarganya dari pangsapuri yang disewakan daripada salah seorang ahli kumpulan tersebut.
Janji Yesus kepada Anda
Jason meraung-raung ketika ibu bapanya menyerahkannya kepada Amy. Inilah pertama kali anak berusia 2 tahun itu berada di bilik kanak-kanak ketika ibu dan ayahnya menghadiri kebaktian di gereja—dia tidak gembira. Amy meyakinkan mereka bahawa Jason akan baik-baik sahaja. Dia cuba memujuk Jason dengan barang mainan dan buku, membuaikannya di kerusi, mendukungnya berkeliling di bilik, berdiri dan memberitahu tentang keseronokan yang dapat dinikmatinya. Akan tetapi, semua itu cuma membuat Jason menangis lagi kuat. Amy kemudian membisikkan tiga patah perkataan yang sederhana ke telinga Jason: “Aku akan bersama-samamu.” Dengan segera Jason menjadi tenang dan lega, lalu dia berhenti menangis.
Buku Cerita Tuhan
Untuk menikmati hari yang indah, saya keluar berjalan-jalan dan segera bertemu dengan seorang jiran baru. Dia menghentikan saya dan memperkenalkan dirinya: “Namaku Genesis, dan umur aku enam tahun setengah.”