Buah yang Mempopularkan Pokok
Pemilik tapak semaian bersiap sedia untuk menjual pokok pic. Dia mempertimbangkan pelbagai pendekatan. Haruskah dia menyusun karung guni yang berisi anak pokok berdaun ini dalam pameran yang cantik? Haruskah dia menyediakan katalog yang berwarna-warni untuk memaparkan pokok pic dalam pelbagai musim pertumbuhan? Akhirnya dia menyedari apa yang benar-benar dapat menjual pokok pic—buah pic itu sendiri yang dihasilkan oleh pokok pic!…
Atas Pokok
Ibu saya menemukan anak kucing saya Velvet sedang makan roti buatan sendiri di atas kaunter dapur. Dengan keluhan marah, dia menghalau kucing itu keluar dari pintu. Beberapa jam kemudian, kami gagal mencari kucing yang hilang itu di halaman rumah. Kemudian bunyi ‘meow’ yang perlahan kedengaran dibawa angin, maka saya memandang ke atas pokok populus dan kelihatan terdapat bayang hitam sedang bergantung pada ranting kayu.
Ke Mana Sahaja
Apabila saya melihat semula sekotak gambar perkahwinan kami yang sudah lama, saya terhenti apabila melihat gambar saya bersama suami sewaktu baru diisytiharkan sebagai suami isteri. Dedikasi terhadapnya sangat ketara di raut wajah saya. Saya bersedia pergi ke mana sahaja bersamanya.
Mewariskan Warisan
Telefon saya berbunyi dan saya menerima mesej daripada anak perempuan saya. Rupa-rupanya dia meminta resipi pai aiskrim rasa pudina moyang dia. Apabila saya membelek-belek kad resipi dalam kotak resipi saya yang sudah usang, saya ternampak tulisan tangan unik nenek saya—dan beberapa catatan tulisan kursif kecil ibu saya. Melalui permintaan anak saya itu, ini telah mengingatkan saya bahawa resipi pencuci mulut itu akan diwariskan kepada generasi keempat dalam keluarga saya.
Mangkuk Berkat
Bunyi ‘bing’ yang biasa didengar apabila e-mel yang baru tiba menarik perhatian saya ketika saya menulis di komputer saya. Biasanya saya cuba menolak godaan untuk memeriksa setiap e-mel, tetapi subjek e-mel ini adalah terlalu menarik: “Anda merupakan suatu berkat.”
Saat-Saat Seharian
Saya memasukkan barang runcit ke dalam kereta dan memandu keluar dari tempat meletak kereta dengan berhati-hati. Tiba-tiba seorang lelaki meluru pergi ke lorong berjalan kaki di hadapan saya tanpa melihat kereta saya. Saya terus menekan brek, nyaris-nyaris melanggar lelaki tersebut. Dia berasa terkejut, lalu mengangkat muka sehingga mata kami bertembung. Pada saat itu, saya tahu bahawa saya ada satu pilihan: memberi respons dengan jelingan marah, ataupun memberi senyuman sebagai tanda maaf. Saya memilih untuk senyum kepadanya.
Sebagai Manusia
Apabila diminta untuk menjelaskan tindakan yang akan diambil terhadap sebuah komuniti yang kadang-kadang tidak mahu bekerjasama dengan penguat kuasa undang-undang, seorang syerif menjawab bahawa dia tidak akan menunjuk-nunjukkan lencana polis atau berlagak dengan pangkat jawatannya. Sebaliknya dia berkata, “Kita juga manusia belaka, yang patut membantu manusia lain yang berada dalam krisis.”
Tempat Selamat
Saya dan anak perempuan saya sedang merancang untuk menghadiri satu perjumpaan keluarga. Disebabkan dia berasa cemas terhadap perjalanan itu, saya pun menawarkan diri untuk memandu kereta. “Okey, namun saya berasa lebih selamat jika menggunakan kereta saya, jadi bolehkah ibu memandunya?” Saya menganggap dia lebih suka keretanya kerana ruang yang lebih luas daripada kereta saya, jadi saya bertanya, “Adakah kereta saya terlalu kecil?” Katanya, “Tidak, cuma saya berasa selamat dalam kereta sendiri. Saya berasa terlindung.”
Harapan Nozomi
Pada tahun 2011, satu gempa bumi yang bermagnitud 9 dan disusuli dengan tsunami telah meragut hampir 19,000 nyawa dan memusnahkan 230,000 buah rumah di kawasan Timur Laut Tokyo. Akibat daripada bencana itu, Projek Nozomi, yang namanya diambil sempena dengan perkataan “harapan” dalam bahasa Jepun telah ditubuhkan untuk merujuk kepada Tuhan yang menyediakan nafkah, komuniti, maruah dan harapan.