Penulis

Lihat semua
Joe Stowell

Joe Stowell

Anda mungkin mengenal Joe Stowell sebagai bekas presiden bagi Institut Alkitab Moody. Kini dia melayani sebagai presiden bagi Universiti Cornerstone di Grand Rapids, Michigan. Dr. Stowell juga berperanan sebagai lembaga bagi Billy Graham Evangelistic Association. Sebagai seorang pengkhutbah yang dikenali ramai, buah hati Joe yang pertama ialah Yesus Kristus dan mengkhutbah firman-Nya. Dia juga telah menulis banyak buku, termasuklah Strength for the Journey, The Upside of Down, dan Jesus Nation. Dia dan isterinya, Martie, mempunyai 3 orang anak dan 10 orang cucu.

Artikel oleh Joe Stowell

Legasi Kehidupan

Semasa menginap di hotel di sebuah bandar kecil, saya memerhati-kan sebuah gereja di seberang jalan sedang mengadakan kebaktian. Orang ramai bersesakan masuk ke dalam gereja di ruang tempat berdiri, sehingga orang muda mahupun orang tua perlu berdiri di kaki lima. Apabila saya melihat kereta jenazah berhenti di susur jalan, saya menyedari bahawa ia adalah upacara pengebumian. Dengan melihat orang ramai itu, saya menyangka bahawa upacara tersebut adalah untuk wira tempatan—mungkin ahli perniagaan kaya ataupun tokoh terkenal. Saya terasa ingin tahu lalu bertanya kepada kerani hotel, “Begitu ramai orang menghadiri upacara pengebumian ini; adakah dia seorang yang terkenal di bandar ini?”

Sahabat Karib Selama-Lamanya

Salah satu pernyataan hikmat yang saya hargai adalah pernyataan yang sering diulangi oleh bapa saya, “Joe, sahabat karib adalah salah satu harta yang terbesar dalam hidup.” Memang betul! Dengan adanya sahabat karib, anda tidak bersendirian. Mereka memerhatikan keperluan anda, dan rela berkongsi sukacita dan beban dalam kehidupan.

Hadirat-Nya Yang Penuh Kasih

Kami berasa sangat kecewa dan sedih apabila mendapati bahawa kawan karib kami, Cindy, telah dikenal pasti menghidap kanser. Cindy adalah seorang yang bersemangat. Hidupnya menjadi berkat kepada semua orang yang mengenalinya. Maka saya dan isteri berasa lega apabila keadaannya bertambah baik, tetapi beberapa bulan kemudian kanser itu menyerang dia dengan lebih dahsyat lagi. Bagi kami, dia masih terlalu muda untuk meninggal dunia. Suaminya menceritakan kepada kami tentang saat-saat terakhir hidupnya. Apabila Cindy menjadi terlalu lemah dan tidak mampu bercakap, dia berbisik kepada suaminya, “Tinggallah di sini saja dengan aku.” Apa yang dia inginkan pada saat-saat terakhir itu ialah kehadiran suaminya yang dikasihi.

Tuhan Dalam Perkara Biasa

Apabila kita mendengar kesaksian tentang Tuhan melakukan perkara yang ajaib dalam kehidupan orang lain, kita akan berasa terdorong. Walaupun kita bersukacita kerana Tuhan menjawab doa mereka, namun kita mungkin juga tertanya-tanya, mengapa Tuhan tidak melakukan perkara yang ajaib bagi kita untuk kebelakangan ini.

Karya Sastera Agung

Baru-baru ini saya membaca satu artikel yang menerangkan ciri-ciri karya sastera yang baik. Penulis artikel itu mencadangkan bahawa sesebuah karya sastera yang hebat dapat “mengubah anda. Apabila anda siap membacanya, anda akan menjadi orang yang berbeza.”

Pemeriksaan Hati

Apabila menaiki tren komuter untuk menuju ke Chicago, saya selalu mengikuti “kod tatacara yang tidak tertulis”—seperti jangan bercakap dengan orang yang duduk di sebelah kita sekiranya kita tidak mengenali mereka. Hal itu agak sukar bagi saya yang tidak pernah menemui orang yang tidak dikenali. Ini kerana saya sangat gemar bercakap dengan orang yang baru saya kenal! Walaupun saya menuruti kod berdiam diri, saya sedar bahawa saya masih boleh belajar sesuatu yang baru tentang seseorang berdasarkan bahagian yang dibaca mereka dalam surat khabar. Oleh itu, saya akan melihat halaman yang mereka akan buka dahulu: Bahagian bisnes? Sukan? Politik? Hal ehwal semasa? Pilihan mereka menunjukkan minat mereka.

Yang Terbaik Belum Tiba

Dalam keluarga kami, bulan Mac bukan sahaja merujuk kepada akhir musim sejuk. Bulan ini bermaksud bahawa ekstravaganza akan bola keranjang di universiti yang dipanggil sebagai “Kegilaan Mac” sudah tiba. Sebagai peminat yang setia, kami menonton perlawanan dan memberi sokongan kuat kepada pasukan kegemaran kami. Sekiranya kami menghadiri perlawanan dengan lebih awal, kami berpeluang untuk mendengar penyiar melaporkan perlawanan yang akan datang dan melihat para pemain melakukan latihan gerakan memanaskan badan dan menjaringkan bola sebelum perlawanan bermula.

Buangkan Papan Mata

Dalam majlis jamuan perkahwinan anak lelaki Bob, dia memberikan nasihat dan dorongan kepada pasangan pengantin itu. Dalam ucapannya, dia mengisahkan seorang jurulatih bola sepak di bandar berdekatan. Setiap kali pasukannya kalah, jurulatih itu tidak memadamkan markah kekalahan yang tertulis di papan mata pada sepanjang minggu untuk meng-ingatkan pasukan itu akan kekalahan mereka. Bob menasihati mereka dengan penuh hikmat bahawa meskipun strategi tersebut baik untuk pasukan bola sepak, tetapi strategi yang sama tidak baik untuk perkahwinan. Apabila teman hidup anda menyinggung hati atau mengecewa-kan anda, jangan selalu berfokus pada kegagalan tersebut. Buanglah papan mata itu.

Mungkinlah Tahun Ini

Ayah saya seorang pastor, dan pada hari Ahad pertama setiap tahun baharu dia sering berkhutbah mengenai kedatangan Kristus, dengan memetik 1 Tesalonika 4. Tujuannya adalah sentiasa sama: “Yesus mungkin akan kembali pada tahun ini. Adakah anda bersedia untuk menemui-Nya?” Saya tidak akan melupakan khutbah itu pada usia 6 tahun, berfikir, Jika itu benar, saya tidak pasti saya akan menjadi salah seorang antara mereka bagi kedatangan-Nya itu.”